27.5 C
Kuala Lumpur
Friday, August 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Didie Shazry Nak Beri Separuh Duit Kemenangan Kepada Kakak – ‘Dia Sanggup Berhenti Sekolah Besarkan Tujuh Beradik’

    Shopee Sale

    Juara program realiti ‘Raise The Star Malaysia’ iaitu Didie Shazry akan menunaikan hasrat dirinya untuk berkongsi separuh daripada wang kemenangan bersama kakak sulungnya iaitu Asniza Norsita.

    Artikel Berkaitan: Wanns Ahmad Tak Segan Sertai ‘Raise The Star’, Pecahkan Tembok Ego

    Artikel Berkaitan: Hariz Fayahet Berjuang Dapatkan Restu Jadi Penyanyi – ‘Ibu Nak Saya Kerja Dalam Sektor Kerajaan’

    Nak balas jasa kakak

    Ketika ditemui , Didie berkata, dia mahu membalas jasa kakak yang sudah banyak berkorban untuknya dan adik-adik sewaktu ibu bapa mereka bercerai ketika usianya sembilan tahun.

    Kongsi Didie, kakak sulungnya itu juga sanggup berhenti sekolah ketika usianya 16 tahun hanya semata mahu memberi keutamaan kepada persekolahan adik-beradik yang lain.

    Saya akan teruskan niat saya di mana separuh daripada wang kemenangan saya akan beri kepada kakak saya dan selebihnya saya akan menggunakan untuk berkarya.

    Saya merasakan kakak memang selayaknya mendapatkan wang kemenangan ini. Ceritanya dulu sewaktu umur sembilan tahun, ibu bapa saya bercerai. Masing-masing bawa haluan sendiri.

    Kakak yang bersekolah di tingkatan empat ketika itu sanggup berhenti sekolah sebagai pengorbanan supaya adik-adik yang lain dapat bersekolah.

    Didie berkongsi perkara tersebut ketika ditemui selepas konsert final ‘Raise The Star Malaysia’ yang diadakan di Shah Alam Theatre pada Ahad.

    MENARIK:  Komposer Terkenal, Ooi Eow Jin Meninggal Dunia Pada Usia 86 Tahun

    Pernah duduk dengan keluarga angkat

    View this post on Instagram

    A post shared by Didie Shazry (@didie_shazry)

    Bercerita lanjut, Didie memaklumkan bahawa dia pernah dijaga oleh keluarga angkat sehingga umurnya mencecah 16 tahun selepas perceraian kedua ibu bapanya.

    Didie kemudiannya menetap semula dengan Asniza sehingga berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) selepas bapa angkatnya meninggal dunia.

    Saya tinggal dengan kakak sejak usia 9 tahun hingga 12 tahun. Selepas itu saya diambil sebagai anak angkat oleh arwah abah angkat saya dan dialah yang banyak mengajar saya tentang muzik.

    Saya hidup dengan keluarga angkat sampai tingkatan empat kerana bapa angkat meninggal dunia dan kemudiannya tinggal semula dengan kakak.

    Pada malam kemuncak yang berlangsung penuh gilang gemilang itu, Didie diumumkan sebagai juara Raise The Star Malaysia (RTSM) sekali gus melayakkannya membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM30,000 bersama sebuah trofi.

    The post Didie Shazry Nak Beri Separuh Duit Kemenangan Kepada Kakak – ‘Dia Sanggup Berhenti Sekolah Besarkan Tujuh Beradik’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah