27.5 C
Kuala Lumpur
Friday, August 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Komposer Terkenal, Ooi Eow Jin Meninggal Dunia Pada Usia 86 Tahun

    Shopee Sale



    Komposer dan pemuzik terkenal tanah air, Datuk Ooi Eow Jin dilaporkan telah meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur kira-kira jam 4 petang tadi.

    ‘Pergi’ pada usia 86 tahun

    Memetik laporan Buletin TV3, berita pemergian tersebut disahkan sendiri oleh isteri mendiang iaitu Datin Khaw Lean Kee.

    Dia dibawa ke hospital pada jam 1 tengah hari tadi, akibat pelbagai kompilasi serta kesukaran bernafas. Ketika rawatan dilakukan, dia pergi meninggalkan kami

    Difahamkan, mendiang yang mengalami pelbagai komplikasi penyakit itu telah menghembuskan nafas terakhir pada usia 86 tahun.

    Terdahulu pada tahun 2022, media melaporkan keadaan kesihatan Eow Jin yang menghidap penyakit Alzheimer sejak 2015 semakin merosot selepas dijangkiti virus Covid-19.

    Untuk rekod, Eow Jin pernah menghasilkan beberapa lagu untuk penyanyi popular tanah air antaranya Allahyarham Datuk Sudirman Arshad, Datuk M Nasir dan Rahimah Rahim.

    MENARIK:  AJL40: Aina Abdul Janji Kelainan, Sedang ‘Prep’ Vokal & Tak Fikir Soal Menang – ‘Saingan Tahun Ini Kuat’

    Komposer itu juga pernah berkhidmat sebagai pengarah muzik di TV3 dan mencipta beberapa lagu antaranya, gerimis Di Lautan, Lagu Untukmu, Masa Berlalu, Dia Ibuku dan Hati Yang Rapuh.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah