Usahawan dan jurusolek terkenal, MUA Bellaz, meluahkan rasa terkilan selepas menerima pelbagai kritikan dan komen negatif di media sosial susulan pelancaran produk beg tangan terbaharunya.
Artikel Berkaitan: Produk Didakwa Tiru Jenama Terkenal, MUA Bellaz Mohon Maaf – ‘Saya Akan Perbaiki Mana Yang Kurang’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] MUA Bellaz Kongsi Keadaan Rumah Dinaiki Air, Suami Alih Lamborghini Redah Banjir
Ramai kata harga mahal

Menerusi hantaran di Instagram, Bellaz atau nama sebenarnya Nur Nabila Zulyadaini, mengakui sedih apabila ada pihak yang membandingkan produknya dengan jenama antarabangsa lain serta mempersoalkan harga yang diletakkan.
Bellaz minta maaf, saya tidak mampu hendak puaskan semua hati orang ramai. Saya tidak paksa pun beli dan saya pun ada cakap utamakan keperluan dulu baru kemahuan. Insya-Allah bila ada rezeki lebih, bolehlah beli.
Janganlah hina kata macam-macam dekat saya. Hasil usaha saya ini bukan senang hangpa, nak buat semua benda ini.
Kepada yang komen ‘baik aku beli itu, baik aku beli ini’, banding-banding macam-macam ayat, macam-macam kata ‘baik beli Guess, baik beli Bonia’, pergilah beli. Tiada siapa hendak halang, duit masing-masing.
Menjelaskan mengenai kekeliruan harga, Bellaz memaklumkan terdapat perbezaan teknikal yang berlaku semasa sesi jualan langsung di TikTok.
Beg tangan ini semalam harga asal di laman web RM220, tetapi semalam keadaan tidak mengizinkan untuk dilancarkan (release) di laman web.
Jadi masa live, bincang dengan penonton dan buat keputusan nak lancarkan dekat TikTok.
Tetapi saya beritahu memang harga agak keras sedikit sebab termasuk kos yuran dan sebagainya. Cuma sesiapa yang ada rezeki baucar tinggi boleh beli sebab baucar banyak potongan RM50 hingga RM80, tapi tidak semua yang dapat.
Harga diberikan semalam RM299 di TikTok, tapi Bellaz sudah cakap kalau dapat harga RM299 jangan beli kecuali kalau dapat baucar banyak.
Jam 8 malam laman web bermasalah, jam 3 pagi baru ok untuk beli. Dekat laman web murah sahaja.
Hangpa beli bukan dapat beg sahaja, hangpa akan dapat beg dan beg kecil (pouch bag) di dalam, tali panjang, keychain dan kotak eksklusif daripada Bellaz. Insya-Allah beg memang tahan lasak.
Jelasnya, setiap produk yang dihasilkan mempunyai kos pembuatan yang tinggi, namun dia tetap berusaha memberikan kualiti yang terbaik kepada pembelinya.
Minta maaf ya kepada yang komen terlalu mahal semua. Benda buat memang tinggi. Benda memang tidak boleh hendak jual murah.
Kalau Bellaz dapat kos rendah, Bellaz akan jual rendah. Yang mana komen tidak mampu beli lagi, Bellaz doakan satu hari nanti hangpa akan dapat beli juga beg idaman masing-masing, insya-Allah Amin.
Dalam pada itu, Bellaz memaklumkan bahawa setiap sebahagian daripada keuntungan jualan beg tersebut akan disalurkan kepada golongan yang memerlukan.
Sejumlah duit daripada jualan beg tangan itu Bellaz akan kongsikan dengan anak-anak kurang berkemampuan untuk bantuan beg, baju, dan kasut sekolah untuk anak-anak yang kurang kemampuan untuk bantuan beg, baju, kasut sekolah.
Perkongsian Bellaz
View this post on Instagram
Sumber: Instagram MUA Bellaz
The post Didakwa Jual Beg Tangan Terlalu Mahal, MUA Bellaz Beri Penjelasan – ‘Sejumlah Duit Jualan Akan Diguna Untuk Bantu Orang Kurang Mampu’ first appeared on OHBULAN!.





