31.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ikmal Amry Dedah Hubungan Makin Akrab, Sudah Mula Borak Di DM – ‘Jefri Nichol Panggil Saya Abang’

    Shopee Sale

    Pelakon Ikmal Amry mendedahkan hubungan mesranya dengan aktor Indonesia, Jefri Nichol semakin rapat selepas mereka mula berhubung melalui mesej langsung (DM).

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ikmal Amry Tegur Netizen Label Jefri Nichol ‘Red Flag’ – ‘Dia Sangat Rendah Diri, Soft Spoken’

    Artikel Berkaitan: Ikmal Amry Minta Netizen Berhenti Bandingkan Dengan Jefri Nichol – ‘Aku Bapa Orang, Anak Masuk Tiga’

    Hubungan semakin akrab

    Ketika ditemui , Ikmal memaklumkan bahawa Jefri terhibur membaca ciapan rakyat Malaysia yang berseloroh di aplikasi Threads mengenai hubungannya bersama bekas kekasih, Ameera Khan.

    Kata Ikmal, hubungannya semakin akrab ekoran perbandingan yang dibuat antara dirinya dan pelakon berusia 27 tahun itu di media sosial.

    Kami ada borak di DM. Dia panggil saya ‘abang’.

    Jefri terhibur sebenarnya baca reaksi netizen kita sebab mungkin dia dah terbiasa menerima kecaman.

    Dalam DM itu, kami berkongsi pandangan sebagai lelaki. Jefri juga ucapkan terima kasih sebab ada ciapan saya yang back up dia.

    Hubungan kami baik-baik sahaja.

    Ikmal berkata demikian ketika ditemui pada majlis Majlis Rumah Terbuka Tarung, yang berlangsung di Banglo 289, Kuala Lumpur pada Jumaat.

    MENARIK:  Kekasih Didi Astillah Titip Ucapan Istimewa Sempena ‘Birthday’ – ‘Awak Satu Satunya Wanita Paling Cantik Dalam Dunia Ini’

    Mengulas lanjut mengenai interaksi di Threads, pelakon drama bersiri Khianat Yang Terpilih itu akui tindakannya untuk meredakan ciapan yang cuba membandingkan secara keterlaluan.

    Saya tak selesa baca komen yang menghina dia. Saya rasa perlu dihentikan.

    Saya bimbang komen daripada peminat kita akan buat dia terasa dan akhirnya memberi imej buruk kepada kita.

    Kalau nak membandingkan, biarlah pada perkara baik.

    Terdahulu, netizen mendakwa Ikmal lebih kacak daripada Jefri, sehingga mencetuskan perdebatan hangat di media sosial selepas drama yang dilakonkannya tular.

    The post Ikmal Amry Dedah Hubungan Makin Akrab, Sudah Mula Borak Di DM – ‘Jefri Nichol Panggil Saya Abang’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah