Pihak polis memaklumkan remaja 14 tahun yang menikam rakan sekolah berusia 16 tahun sehingga maut dipercayai menyimpan perasaan cinta secara rahsia terhadap mangsa.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Masalah Sebenar Adalah Gajet, Pelajar Terdedah Dengan Budaya Tak Elok’ – Azhar Sulaiman
Pendam rasa

Memetik laporan BERNAMA, Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata suspek yang merupakan pelajar di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, Petaling Jaya merupakan peminat rahsia mangsa.
Difahamkan, mereka daripada kelas peralihan dan suspek pelajar tingkatan dua manakala mangsa tingkatan empat.
Siasatan mendapati suspek mempunyai perasaan kepada mangsa tetapi tidak dikongsikan.
la lebih kepada memendam perasaan. Mangsa dipercayai tidak mengetahui perasaan suspek.
Hasil siasatan mendapati, sebelum kejadian mereka tidak mempunyai hubungan atau interaksi sesama mereka.
Faktor dorongan emosi dan pengaruh media sosial dikenal pasti sebagai antara punca suspek berkelakuan sedemikian.
Mengulas mengenai kesihatan mental suspek, Shazeli bagaimanapun berkata pihaknya masih belum dapat mengesahkan perkara itu.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai dakwaan cinta suspek ditolak seperti yang tular di media sosial, Shazeli berkata perkara itu juga masih dalam siasatan pihaknya.
Kami perlu mendapatkan rujukan daripada pakar psikiatri berkenaan perkara itu, cuma mungkin keadaan emosi suspek tidak stabil semasa kejadian.
Dalam masa yang sama, Shazeli juga mengesahkan penemuan ‘Dunia ni palsu. Saya sudah menang’ ditemukan semasa suspek ditangkap.
Shazeli berkata siasatan merangkumi semua aspek termasuk latar belakang suspek dan mangsa.
la (nota) dirampas bersama-sama suspek ketika pemeriksaan awal dijalankan dan bukan di dalam tandas tempat kejadian berlaku. Berkaitan kandungan nota, ia masih dalam siasatan lanjut polis.
Dalam pada itu, Shazeli turut meminta orang ramai supaya tidak menyebarkan nota dan gambar mangsa serta suspek.
Hal ini kerana siasatan sedang berjalan dan mereka juga masih di bawah umur.
Sumber: BERNAMA
The post [Kes Tik*m Pelajar]: Polis Sahkan Suspek Simpan Perasaan Cinta Terhadap Mangsa first appeared on OHBULAN!.





