Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali tidak menyangka gurauannya di media sosial menjadi kenyataan apabila suaminya, Nik Iruwan menghadiahkannya sebuah kereta Jetour Dashing sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-33.
Artikel Berkaitan: Nabila Razali Pernah Jadi Mangsa Buli Siber, Tidak Patah Semangat Akan Terus Sebar Kebaikan
Dapat kereta idaman

Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali, berkata, dia sekadar berseloroh ketika memuat naik kereta berkenaan di Instagram Story, namun tidak menyangka suaminya benar-benar menghadiahkan model tersebut.
Dari IG story ke realiti. Alhamdulillah, terima kasih sayang.
Dalam pada itu, menerusi hantaran di Threads, pelantun lagu Balas Baik turut meluahkan rasa syukur dan mendoakan agar suaminya sentiasa diberi kekuatan serta dimurahkan rezeki.
Ya Allah, peliharalah suamiku, murahkan rezekinya, kuatkan tubuhnya, lapangkan hatinya dan gantikan setiap penatnya dengan ganjaran yang besar di sisi-Mu.
Difahamkan, harga model Jetour Dashing di pasaran melebihi RM100,000.
Untuk rekod, Nabila dan Nik Iruwan mendirikan rumah tangga pada 18 November 2023. Pasangan ini turut dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Nik Muhammad yang kini berusia 11 bulan.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Instagram
The post [VIDEO] Nabila Razali Dapat Hadiah Kereta Idaman Daripada Suami – ‘Dari IG Story Ke Realiti’ first appeared on OHBULAN!.





