30.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Dia Pergi Pada Hari Jumaat & 10 Ramadan Terakhir’ – Bapa Lia Natalia Meninggal Dunia

    Shopee Sale



    Bapa kepada pelakon Lia Natalia iaitu Allahyarham Abden Aben telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Queen Elizabeth 2 (HQE2) di Kota Kinabalu, pada pagi Jumaat.

    Salam takziah

    Memetik laporan Harian Metro, Lia atau nama lengkapnya Alia Afiqah Abden, 33, memaklumkan bapa tercinta meninggal dunia akibat sakit jantung.

    Tambah Lia lagi, Allahyarham menghidap penyakit jantung sejak November tahun lalu dan kerap berulang alik ke hospital untuk menerima rawatan.

    Arwah bapa sudah lebih sebulan dirawat dari hospital di Tawau dan kemudian dipindahkan ke HQE2.

    Jenazah bapa akan diterbangkan dengan MASKargo jam 6.25 petang dan dijangka sampai di Tawau jam 7.20 malam untuk dibawa ke masjid untuk solat jenazah.

    Menurut Lia, dia sangat rapat dengan arwah bapanya dan sanggup menolak tawaran kerja demi menjaga insan tersayang ketika dirawat di hospital.

    Sebagai anak bongsu, saya sangat rapat dengan arwah bapa dan sanggup tolak tawaran kerja untuk menjaganya di hospital.

    Apapun, saya reda dan ikhlas dengan pemergian bapa kerana pengakhirannya sangat cantik kerana bapa pergi pada Jumaat dan 10 Ramadan terakhir.

    Sementara itu, di Instagram, Lia memberitahu arwah Abden dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Pasir Putih, Tawau, selepas solat Tarawih malam ini.

    MENARIK:  Suami Tergamak K*rat Tubuh Isteri Selama Tiga Hari Berturut – ‘Dia Rebus Dalam Periuk Tekanan Udara’

    Hantaran di Instagram

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by ? ? ? ? ? ? ? ? ? ? (@lia_natalia)

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah