30.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Karnival JPJ Madani: Tukar Helmet Free, Diskaun 50% Jualan Nombor Plat & Banyak Lagi Aktiviti Menarik!

    Shopee Sale

    Sempena sambutan ulang tahun ke-80 Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), satu karnival mega bakal berlangsung dengan pelbagai aktiviti menarik untuk orang ramai.

    Melalui kerjasama strategik bersama Media Prima Berhad, Karnival Mega JPJ Madani akan berlangsung serentak dengan Karnival Jom Heboh di Stadium Negeri Batu Kawan, Pulau Pinang dari 24 hingga 26 April ini.

    Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, antara aktiviti menarik yang dilaksanakan adalah seperti program pertukaran helmet secara percuma kepada pengunjung yang hadir.

    “Sebanyak 5,000 topi keledar akan diberikan secara percuma kepada pengunjung yang hadir dengan (mereka dikehendaki) membawa topi keledar lama.

    Bukan itu saja, beliau turut menjelaskan bahawa pelbagai lagi aktiviti telah disusun untuk pengunjung sepanjang tiga hari karnival.

    “Kita juga ada program advokasi, pameran kenderaan elektrik (EV) dan jualan nombor pendaftaran (kenderaan) secara diskaun 50 peratus.

    MENARIK:  Fadhli Masoot Buka Aurat Mengenai Perkahwinan Dengan Peminat - 'Sambut Kasih Sayang Peminat, Kenalkan Isteri Saya'

    Kalau korang memang tengah aim nombor plat cantik, ini peluang terbaik.

    “Hampir 50,000 nombor pendaftaran akan ditawarkan kepada pengunjung di karnival tersebut. Banyak lagi aktiviti menarik yang kita sediakan sepanjang tiga hari program,” katanya.

    Dalam masa sama, beliau turut menegaskan komitmen JPJ dalam meningkatkan keselamatan jalan raya.

    Beliau menjelaskan bahawa JPJ akan terus memperkukuh usaha advokasi dan penguatkuasaan bagi mengurangkan kadar kemalangan.

    Malah, teknologi terkini seperti dron dan sistem Pengecaman Nombor Plat Automatik (ANPR) turut digunakan bagi meningkatkan keberkesanan pemantauan.

    The post Karnival JPJ Madani: Tukar Helmet Free, Diskaun 50% Jualan Nombor Plat & Banyak Lagi Aktiviti Menarik! first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah