27.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, November 3, 2024
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Fizz Fairuz Memuji Majlis Graduasi Pelajar Di Hotel – ‘Untuk Anak, Beli Beg & Kasut Mahal Bukan Sesuatu Untuk Dikira’

    Shopee Sale



    fizz fairuz graduasi

    Foto: Harian Metro

    Trend pihak sekolah mengadakan telah mendapat pelbagai reaksi termasuk daripada selebriti tempatan.

    Setahun sekali

    fizz fairuz graduasi

    Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story (IG), pelakon dan penyampai radio Datuk Fizz Fairuz tidak bersetuju jika ibu bapa menganggap majlis graduasi anak adalah satu komitmen yang besar.

    Sekolah buat dekat tempat selesa dikatakan tak sesuai, bila buat dekat sekolah je dikatakan tak ada tempat lain ke nak buat dengan panasnya. Adui, semua benda tak betullah zaman sekarang ni.

    Dalam pada itu, pelakon filem Mat Tudung ini berkata isu tersebut tidak seharusnya timbul berikutan perbincangan telah pun diadakan sebelum majlis dan kata sepakat sudah diperolehi daripada Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG).

    Untuk anak-anak bagi je la. Dia orang buat sebab PIBG dah setuju dan ibu bapa dah setuju. Kalau tak setuju dia orang tak buat. Setahun sekali buat, bukan hari-hari kena keluar RM150-RM250 tu.

    Beli beg dan kasut mahal-mahal boleh, takkan untuk anak nak berkira? Pendapat sayalah.

    Terdahulu, pelakon Adrea Abdullah tampil mempertikai trend tersebut berikutan tidak semua ibu bapa mampu untuk membayar yuran graduasi anak mereka.

    MENARIK:  Rambut Berkilau, Confidence Level Terus Naik! Korang Kena Try Dove Hya Keratin Shine Ni!

    Aktres itu juga mendakwa tindakan guru besar yang memilih untuk mengadakan majlis tersebut di hotel bertaraf lima bintang dilihat seakan-akan mahu bermegah di media sosial.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah