31.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Rangka Manusia Bersama Tengkorak Ditemui Dalam Loji Kumbahan

    Shopee Sale



    Gambar sekadar hiasan

    termasuk satu tengkorak ditemui dalam loji kumbahan yang terletak di Taman Seri Penawar, Kota Tinggi, Johor pada Selasa.

    Ditemukan bersama tengkorak

    Gambar sekadar hiasan

    Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi iaitu Superintendan Yusof Othman, penemuan objek menyerupai tulang manusia itu dijumpai oleh kontraktor yang menjalankan kerja-kerja pembersihan di lokasi berkenaan.

    Turut ditemui bersama rangka tersebut adalah tujuh ketul tulang panjang, sepasang tulang pinggul dan segumpal rambut.

    Hasil pemeriksaan dijalankan telah menjumpai kain pelikat tersangkut pada mesin kisar tapis sampah.

    Pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Penawar membantu mengeluarkan rangka serta tulang yang ditemui tersangkut di tengah-tengah mesin kisar tapis sampah itu.

    Hasil pemeriksaan menyeluruh di lokasi kejadian, pihak polis berjaya menjumpai satu tengkorak, tujuh ketul tulang panjang, sepasang tulang pinggul dan segumpal rambut.

    Kini, spesimen tulang berkenaan dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultanah Aminah (HSA) bagi proses bedah siasat.

    MENARIK:  [VIDEO] Faisal Halim Pesan Jangan Salah Pilih ‘Cinggey’ – ‘Boleh Menjatuhkan Pemain Bola Sepak’

    Buat masa ini, kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut sehinggalah keputusan rasmi bedah siasat diperoleh.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah