32.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Content Creators, Janganlah Buat Video Yang Langgar Undang-Undang & Petik Nama Orang’ – Uyaina Arshad

    Shopee Sale



    Pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad menitipkan pesan dan nasihat buat pempengaruh agar lebih berhati-hati sewaktu memuat naik apa-apa ‘content’ di media sosial.

    Pesanan buat ‘content creator’

    Menerusi ciapan di aplikasi X, pemilik nama Saidatul Naseha Uyaina Arshad turut mengingatkan agar pempengaruh untuk tidak melakukan ‘content’ yang melampaui batas dan melanggar undang-undang.

    ‘Content creators’, (pesanan) ini untuk anda dan kita semua yang muat naik sesuatu di media sosial.

    Janganlah buat video yang melanggar undang-undang, petik nama orang atas dasar lawak dan gurauan.

    Buat ‘content’ prank melampau batas dan buat parodi syok sendiri.

    Tambah pengacara program ‘Wanita Hari Ini’ (WHI) itu lagi, lawak jenaka juga harus disesuaikan mengikut keadaan dan masa.

    Lawak bila salah tempat, dah tak jadi lawak.

    Ciapan itu dipercayai dibuat Uyaina berdasarkan kes melibatkan pempengaruh, Imran Bard dan pelakon, Ellie Suriaty.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Tak Pandai & Tak Suka Masak’ – Ayda Jebat Selesa Jadi Diri Sendiri

    Terdahulu, Ellie Suriaty atau nama sebenarnya Ellie Suriaty Omar mengadakan satu sidang media meluahkan rasa kurang senang dengan kandungan dihasilkan Imran Bard pada petang Khamis.

    Menurut Ellie, dia menganggap kandungan tersebut telah memperlekeh reputasi dibinanya lebih tiga dekad sebagai anak seni.

    Ketika bertemu media, Ellie juga menuntut ibu bapa Imran Bard bertemu dengannya dan memohon maaf atas kelakuan pempengaruh itu.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah