Pelakon dan penyanyi terkenal Indonesia, Cinta Laura dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan pada jarinya.
Jari Cinta Laura luka kena pisau
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian di Instagram, Cinta memuat naik beberapa foto dirinya berada di atas katil hospital dengan tangan dipasang infus serta salah satu jarinya dibalut tebal.
Menurut Cinta, kejadian itu berlaku ketika dia mahu memotong limau nipis menggunakan pisau besar semasa menjalani penggambaran video bersama pencipta kandungan, Emil Mario.
Pada awalnya semuanya okay saja, sampai saya nak potong limau nipis… tak sengaja jari saya terkena pisau,” .
Difahamkan, luka pada jarinya agak dalam sehingga menyebabkan pendarahan yang banyak dan terpaksa dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan segera.
Mahu tak mahu memang kena terus ke hospital untuk jahit luka.
Penyanyi lagu Markisa itu turut mendedahkan dia perlu masuk ke bilik pembedahan bagi merawat kecederaan tersebut. Bagaimanapun, proses rawatan berjalan lancar dan dia kin semakin pulih.
Untuk yang tertanya-tanya, inilah pisau yang memotong jari saya.
Kalian nak tahu saya terpotong jari guna apa? Guna pisau besar ini.
Sumber: Instagram Cinta Laura
The post Cinta Laura Dikejarkan Ke Hospital Selepas Jari Terkena Pisau Ketika Potong Limau Nipis – ‘Lukanya Dalam, Kena Jahit’ first appeared on OHBULAN!.





