28.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 13, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Diva M Syukur Tak Buang Alat Kelamin, Kembali Ke Fitrah Selepas 15 Tahun Pakai Implan Payudara

    Shopee Sale

    Pempengaruh media sosial, Diva M tampil berkongsi kisah penghijrahannya selepas mengambil keputusan untuk kembali menjalani kehidupan sebagai lelaki sejak awal tahun 2023.

    Artikel Berkaitan: ‘Rumah Si Mati Ada 13 Janin Dalam Botol, Dia Telan Untuk Nampak Cantik..Pakai Susuk Di Kemaluan & Dada’ – Pak Munawer

    Artikel Berkaitan: ‘Aku Kecewa Kenapa Dia Jadi Pondan Balik’

    Diva M berubah atas rela hati

    Menurut Diva M atau nama sebenarnya Mohd Muzakir, 37, keputusan tersebut bukan dibuat kerana desakan mana-mana pihak mahupun sekadar untuk meraih perhatian di media sosial, sebaliknya lahir daripada kesedaran diri sendiri selepas melalui pelbagai pengalaman hidup.

    Katanya, semakin meningkat usia, dia mula memikirkan soal ketenangan hidup selain mahu memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.

    Tak ada sesiapa yang suruh saya berubah atau paksa saya buat keputusan ini. Semua datang daripada hati sendiri. Saya rasa mungkin sudah sampai waktunya untuk kembali kepada kehidupan yang lebih tenang.

    Bercerita lanjut, Diva M berkata dia juga tidak pernah mendapatkan bimbingan khusus daripada mana-mana ustaz sebelum mengambil langkah untuk berubah, namun memilih untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah dan memperbanyakkan doa agar diberikan petunjuk.

    Saya cuma doa dalam solat supaya Allah tunjukkan jalan yang betul sebab saya sedar banyak perkara yang saya buat sebelum ini sebenarnya salah. Jadi perubahan ini memang datang daripada kesedaran diri sendiri.

    ‘Saya masih ada pisang’

    Dalam pada itu, Diva M mengakui dia bersyukur kerana tidak pernah melakukan pembedahan membuang alat kelamin walaupun sudah lama hidup sebagai transgender.

    Menurutnya, perkara tersebut sedikit sebanyak membuatkan dia berasa lega kerana masih berpeluang untuk kembali menjalani kehidupan asalnya.

    Saya sangat bersyukur sebab tak buat perkara sampai tahap yang tak boleh diubah semula. Alhamdulillah saya masih ada yang original.

    Tambah Diva M, dia sememangnya mempunyai sifat lembut sejak kecil, namun mula memakai implan payudara kira-kira 15 tahun lalu sebelum membuat keputusan untuk membuangnya hampir setahun yang lalu.

    MENARIK:  ‘Saya Harap Dia Jadi Penyanyi Yang Berjaya & Tak Perlu Tumpang Populariti Orang Lain’ – Aisha Retno

    Katanya lagi, keputusan itu dibuat selepas dia mula berasa tidak selesa dengan keadaan dirinya selain pernah mengalami mimpi yang memberi kesan mendalam terhadap emosi dan fikirannya.

    Ketika itu saya rasa macam ada sesuatu yang tak kena dan saya jadi tak selesa dengan keadaan diri sendiri. Saya juga pernah mimpi meninggal dunia dalam keadaan benda itu masih ada pada badan saya.

    Daripada situ saya terus ambil keputusan untuk buang implan dan berdoa supaya Allah permudahkan perjalanan hidup saya untuk berubah menjadi insan lebih baik.

    Selain itu, Diva M turut mengimbas reaksi keluarganya yang langsung tidak mengetahui mengenai pembedahan membuang implan tersebut sehingga dia pulang ke rumah dalam keadaan masih mempunyai kesan jahitan pada bahagian dada.

    Saya memang tak rancang nak beritahu keluarga awal-awal. Bila balik rumah, saya terus tunjuk dekat mak saya yang jahitan itu masih ada.

    Mula-mula mak macam tak percaya. Lepas itu dia peluk saya sambil menangis. Saya masih ingat dia cakap, ‘Ya Allah anak aku’. Waktu itu saya pun sedih juga.

    Mengakhiri sesi temu bual, Diva M menjelaskan dia tidak berniat untuk mempengaruhi sesiapa dengan perubahan yang dilakukan, sebaliknya hanya mahu berkongsi realiti sebenar kehidupan yang pernah dilalui sepanjang bergelar transgender sebelum ini.

    Saya bukan nak suruh orang ikut atau jadikan ini sebagai content marketing. Saya cuma nak berkongsi realiti hidup saya. Semua orang pernah buat silap dan tersalah jalan sebab kita semua manusia.

    The post [VIDEO] Diva M Syukur Tak Buang Alat Kelamin, Kembali Ke Fitrah Selepas 15 Tahun Pakai Implan Payudara first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah