29.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Cik Epal Kongsi Luka Di Wajah, Dedah Pernah Kongsi Bayar Sewa Rumah Dengan Jofliam – ‘Kau Ingat Aku Hamak Sangat Ke?’

    Shopee Sale



    Persengketaan antara pempengaruh media sosial, Cik Epal bersama bekas suaminya, Jofliam masih berterusan apabila wanita itu berkongsi gambar luka di wajahnya yang didakwa berlaku pada Isnin.

    Tak perlu menyemak

    Menerusi perkongsian terbaru di Instagram, pemilik nama Nur Munirah Mahmood mendakwa dikasari oleh isteri Jofliam, iaitu Dewi ketika mengambil barangan di rumahnya semalam.

    Kata Cik Epal, daripada awal Dewi sepatutnya tidak perlu mencampuri urusan mereka kerana dia tidak mempunyai kaitan dengan isu itu.

    Awak ingat saya nak sangat ke rumah sewa itu? Saya nak kutip barang-barang saya sahaja.

    Sepatutnya, awak tak perlu menyibuk menempel pun semalam. Bukan ada kena mengena dengan awak pun.

    Kenapa nak serang dan cakar muka saya? Saya cuma nak ambil barang yang saya beli guna duit saya sahaja.

    Rumah bayar half

    Dalam pada itu, ibu kepada dua orang cahaya mata mendakwa dia turut membantu membayar separuh harga rumah sewa tersebut ketika masih bergelar isteri.

    MENARIK:  [VIDEO] KJ, Fara Fauzana, Johan & AG Selamat Turun Gunung Kinabalu

    Dakwanya, Jofliam mula membayar secara penuh kediaman itu selepas memulakan perniagaan pizza wagyu yang dimulakan pada beberapa tahun lepas.

    Dewi berulang kali jeri ‘this is my house’.

    Sudahlah awak tidak pernah keluar duit bayar rumah itu.

    Suami awak mula bayar sewa penuh selepas dia ada bisnes pizza.

    Sebelum ini, saya yang bayar separuh rumah sewa itu dengan hasil bisnes saya.

    Terdahulu, nama Cik Epal dan Jofliam hangat menjadi bualan di media sosial selepas peristiwa pengambilan semula barang-barang milik wanita itu di kediaman bekas suaminya pada Isnin.

    Tidak hanya itu, Dewi juga membuat laporan polis berhubung kejadian itu dan menyerahkan segalanya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan lanjut.

    Untuk rekod, Cik Epal dan Jofliam mengumumkan perceraian mereka pada 9 Oktober tahun lalu.

    Pasangan itu mempunyai sepasang cahaya mata iaitu Han dan Yuki.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah