31.3 C
Kuala Lumpur
Friday, July 31, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Ramalan BN-PN menang tiada kaitan dengan sokongan peribadi saya’

    Shopee Sale

    Bekas wakil rakyat DAP Ong Kian Ming, menegaskan ramalannya bahawa gabungan BN-PN akan memenangi antara 23 hingga 25 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya negeri (PRN) Negeri Sembilan tiada kaitan dengan sokongan peribadinya.

    “Ramalan saya berdasarkan unjuran sokongan yang berkemungkinan daripada pengundi Melayu, Cina, India dan lain-lain kepada BN, PN dan PH, bukan berdasarkan siapa yang saya ‘sokong’ atau ‘tidak sokong’,” katanya yang kini bergiat dalam bidang akademik sebagai profesor adjung di sebuah universiti.

    Sebelum ini, Ong meramalkan BN akan memenangi 20 hingga 22 kerusi, manakala PN dijangka memperoleh tiga kerusi, sekali gus memberikan gabungan BN-PN antara 23 hingga 25 kerusi DUN.

    Ong juga meramalkan Loke berdepan risiko tewas di Chennah susulan sentimen anti-DAP dan anti-PH dalam kalangan sebahagian pengundi Melayu selain berkata Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun berpotensi tewas di Linggi.

    Ong menjelaskan ramalan itu bukan bertujuan membantu mana-mana gabungan politik, sebaliknya untuk menguji metodologi ramalan yang dibangunkan berdasarkan pengalaman hampir 30 tahun mengkaji data pilihan raya Malaysia.

    MENARIK:  Bomba selamatkan keluarga terperangkap dalam dusun

    Menulis di media sosial, Ong berkata, secara peribadi, dia berharap Loke dan Aminuddin–yang digelarnya Tok Min–menang di kerusi masing-masing.

    Katanya, mereka telah membuktikan kemampuan sebagai pemimpin di Negeri Sembilan dalam ruang pengaruh masing-masing.

    Menurut Ong, Loke berjaya memastikan DAP di Negeri Sembilan kekal stabil dan fokus walaupun parti itu masih berdepan isu berkaitan pembangunan bakat kepimpinan.

    Pada masa sama, katanya, Aminuddin yang digelarnya Tok Min, mentadbir negeri secara bertanggungjawab sepanjang dua penggal “meskipun pentadbirannya tidak begitu berwawasan”.

    Ong berkata kempen PRN Negeri Sembilan kali ini terlalu dipengaruhi naratif perkauman dan agama sehingga perbincangan mengenai dasar menjadi amat terhad.

    Katanya, tanpa usaha bersungguh-sungguh untuk mengalihkan fokus kepada isu yang lebih substantif, gabungan yang mempunyai kelebihan dari segi angka akan muncul sebagai pemenang.

    “Buat masa ini, pihak itu ialah BN-PN,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah