28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Christy Ng Cuba Puasa Penuh, Teruja Nak Sahur & Berbuka Dengan The Bengap Boys

    Shopee Sale

    Usahawan dan pempengaruh media sosial, Christy Ng mengakui teruja menyambut Ramadan tahun ini apabila berhasrat menjalani ibadah puasa bersama pasukannya yang dikenali sebagai The Bengap Boys.

    Artikel Berkaitan: Christy Ng Dedah Kisah Di Sebalik Nama Ikonik Jenama – ‘Bermula Dari Gelanggang Badminton…’ 

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Christy Ng Hantar LOD Kepada Individu Didakwa Cemar Nama Syarikat – ‘Saya Bukan Orang Yang Suka Menindas’

    Cuba puasa penuh

    Christy berkata, dia akan memilih menu sahur yang bersesuaian bagi mengelakkan dirinya berasa haus dan dahaga melampau pada siang hari.

    Saya pernah cuba puasa sebelum ini, tapi agak mencabar sebab sahur hanya makan mi segera.

    Masa itu memang tak tahu apa-apa, jadi badan cepat sangat rasa haus. Tahun ini, saya cuba untuk berpuasa penuh, semoga berjaya.

    Christy berkongsi perkara itu ketika ditemui di acara Gempak Most Wanted Awards 2025 (GMWA25) yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), baru-baru ini.

    MENARIK:  Adriana Adnan Tertarik Untuk Ulas Isu Lelaki ‘Songsang’ Dalam Podcast – ‘Bukan Menyokong, Tetapi Mahu Dengar Cerita Mereka’

    Tambah Christy, teguran daripada rakan mengenai pemilihan makanan sahur membuka matanya tentang kepentingan nutrisi ketika berpuasa.

    Lebih teruja, Christy berkata dia tidak sabar untuk merasai pengalaman berpuasa dan berbuka secara berkumpulan bersama pasukannya, termasuk merancang kunjungan ke bazar Ramadan untuk mencari juadah kegemaran.

    Tahun ini saya nak cuba puasa dengan lebih bersungguh-sungguh bersama pasukan. Rasa seronok bila dapat pergi bazar Ramadan dan berbuka ramai-ramai.

    Saya akan sediakan makanan di pejabat untuk sahur dan berbuka sebab jadual kerja mereka tak menentu. Sekurang-kurangnya mereka tak perlu risau soal makan.

    The post Christy Ng Cuba Puasa Penuh, Teruja Nak Sahur & Berbuka Dengan The Bengap Boys first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah