Pempengaruh media sosial terkenal, Aisar Khaled menyorot perhatian ramai apabila hadir ke majlis pengebumian seorang pemandu gojek, Affan Kurniawan yang maut akibat digilis trak ‘Barracuda’ di Indonesia, pada malam Khamis.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aisar Khaled Bantu Penduduk Papua, Pempengaruh Indonesia Ucap Terima Kasih – ‘Gembiranya Mereka Dapat Ikan’
Artikel Berkaitan: Aisar Khaled Agih Makanan & Imamkan Solat Jemaah Bersama Banduan Di Indonesia
Aisar beri penghormatan terakhir
Menerusi perkongsian dimuat naik @inibukanniko, dapat dilihat Aisar yang berpakaian serba hitam hadir memberikan penghormatan terakhir buat Affan bersama ribuan pemandu gojek dan rakyat Indonesia yang lain.
Kehadiran Aisar ke majlis pengebumian tersebut ternyata membuatkan ramai rakyat Indonesia berasa terharu dan memuji keperibadian pempengaruh berkenaan.
Sekadar info, Affan yang bekerja sebagai pemandu gojek bagi menyara tujuh ahli keluarganya maut selepas digilis kenderaan taktikal ‘Barracuda’ milik polis Indonesia ketika berlakunya demonstrasi penduduk di Bendungan Hilir, Jakarta.
Difahamkan, ketika kejadian Affan yang baru sahaja berusia 21 tahun sedang dalam perjalanan menghantar makanan untuk pelanggannya.
Susulan kejadian itu, Ketua Polis Indonesia serta Presiden Prabowo Subianto tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada keluarga Affan dan mengesahkan tujuh anggotanya yang berada di dalam kenderaan taktikal tersebut telah ditahan.
Sumber: TikTok, Portal Reuters
The post Aisar Khaled Hadiri Majlis Pengebumian Affan Kurniawan, Pemandu Gojek Maut Digilis Trak Barracuda first appeared on OHBULAN!.



#dpr #dewanperwakilanrakyat #demo #aisarkhaledd #ojol 

