26.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Che Ta Berdebar Nak Hantar Rombongan Merisik Anak Sulung Minggu Depan – ‘Wanita Yang Simple, Bapanya Duduk Luar Negara’

    Shopee Sale



    Rozita Che Wan

    Dramatis dan usahawan, Rozita Che Wan akui berdebar menantikan acara merisik anak sulungnya iaitu Ammar Effendy, 28, yang akan berlangsung minggu hadapan.

    Hantar rombongan merisik

    Rozita Che Wan

    Rozita atau mesra dengan sapaan Che Ta berkata, dia tidak meletakkan sebarang syarat kepada Ammar dalam memilih pasangan hidup, namun gembira dengan pilihan anaknya.

    Saya akan hantar rombongan merisik minggu hadapan. Perasaan memang sangat berdebar sebab pertama kali.

    Sebelum ini dalam solat sentiasa mendoakan anak-anak dapat jodoh yang terbaik. Sebagai ibu, saya mahu anak saya bahagia tidak kisah dengan siapa pun.

    Saya tidak meletakkan sebarang syarat untuk dia cari jodoh, pada saya kalau dia gembira dengan pilihannya, maka saya juga akan turut gembira.

    Che Ta berkongsi mengenai perkara menerusi video temu bual bersama Hlive.

    Dalam pada itu, Che Ta berkata, wanita pilihan anaknya itu seorang yang ringkas selain tidak mempunyai akaun media sosial.

    Saya suka wanita pilihannya kerana bertudung. Apa pun bergantung kepada si suami untuk mendidik isteri meskipun bertudung atau tidak.

    Wanita itu dan tidak mempunyai sosial media. Saya sudah keluar makan malam bersamanya dan dia sangat ‘simple’ orangnya. Wanita itu berasal KL tetapi bapanya duduk di luar negara.

    Tambah isteri kepada Zain Saidin ini, cincin merisik juga sudah dibeli.

    Cincin merisik sudah beli. Saya kata dengan Ammar, beli cincin yang wanita itu suka. Cincin yang dia minat pun ‘simple’.

    MENARIK:  Mas Khan Pilih Baju Untuk Isteri Pakai Waktu ‘Honeymoon’

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah