26.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Cakra Khan Borong Mi Segera Perisa Kari

    Shopee Sale

    Penyanyi Indonesia Cakra Khan jatuh cinta dengan keenakan mi segera perisa kari buatan Malaysia sehingga merancang untuk membeli beberapa kotak buat stok di Indonesia.

    Artikel Berkaitan: Cakra Khan Divine Concert Dimeriahkan Dengan Marsha Milan, Ade Govinda & Ramai Lagi!

    Artikel Berkaitan: Cakra Khan Faham Perasaan Zazleen, Miliki Suara Unik – ‘Orang Kata Suara Saya Berkahak’

    Mi segera perisa kasi

    Ketika ditemui , Cakra memaklumkan bahawa mi segera perisa kari dan mi goreng mamak merupakan antara makanan kegemarannya di Malaysia.

    Tambahnya, dia sering memasak mi segera dengan bahan tambahan lain seperti telur dan sayur-sayuran.

    Saya akan bawa pulang berkotak-kotak sehingga pihak berkuasa di lapangan terbang sangka saya mahu jual semula tapi tidak, saya buat makan di rumah.

    Dari dahulu saya sudah pakar masak mi segera. Ibu selalu pesan supaya tambah sayuran dan telur yang banyak.

    Biasanya saya akan hidangkan dalam mangkuk besar sebab ada banyak bahan campuran lain.

    Cakra berkata demikian ketika ditemui pada Sidang Media Cakra Khan Divine Concert di Alila Bangsar pada Rabu.

    MENARIK:  Tareq Fit Dakwa Artis Hanya Mahu ‘Engagement’, Kamal Adli Ajak Bersemuka – ‘Famous Sangat Ke Sampai Kami Nak Tumpang Kau?’

    Selorohnya, pihak berkuasa di lapangan terbang turut muak melihat mukanya yang sering kembali ke Malaysia untuk mengisi stok mi segera perisa kari.

    Kadang-kadang kalau ke sini pihak berkuasa di lapangan terbang akan tanya ada acara apa di Malaysia.

    Tapi sebenarnya saya cuma nak tambah stok mi segera kari saya. Mungkin mereka pun dah bosan tengok muka saya.

    Perisa mi segera kari yang dijual di sini (Malaysia) mempunyai keunikan tersendiri.

    The post Cakra Khan Borong Mi Segera Perisa Kari first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah