26.3 C
Kuala Lumpur
Monday, May 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tareq Fit Dakwa Artis Hanya Mahu ‘Engagement’, Kamal Adli Ajak Bersemuka – ‘Famous Sangat Ke Sampai Kami Nak Tumpang Kau?’

    Shopee Sale

    Perbalahan di antara pelakon Kamal Adli dan jurulatih kecergasan, Tareq Fit, sekali lagi telah mencetuskan perhatian ramai.

    Artikel Berkaitan: ‘Kita Baca & Jangan Judge Sebab Itu Masalah Mereka, Doa Yang Baik-Baik’ – Kamal Adli

    Artikel Berkaitan: Tareq Fit Dakwa Anak Kurang Didikan Agama Sebab Isteri Bekerja, Nadzmi Adhwa Bidas – ‘Kena Bahagi Masa, Takdir Kita Tak Sama’

    Kamal selar kenyataan

    Menerusi hantaran di Threads, pemilik nama Ahmad Kamal Ahmad Adli, 40, itu dilihat menyelar kenyataan Tareq dalam sebuah audio siar kerana mendakwa golongan artis hanya mahukan perhatian dan tarikan di media sosial.

    Ada orang salah bual ni. Kami yang nak engagement? Kau pasti ke?

    Kau ingat kau famous sangat ke, sampai kami nak tumpang kau? Kau siapa?

    Bukan itu sahaja, Kamal menegaskan bahawa golongan artis sama sekali tidak memerlukan sebarang kontroversi yang berkait dengan jurulatih kecergasan tersebut untuk melonjakkan nama mereka.

    Dalam masa yang sama, pelakon drama Dia Imamku itu turut menyeru Tareq untuk bertemu dengannya.

    Bukan ke bila sendu kau cari salah orang untuk jual ebook kau?

    Kau yang koyak gila, kami tak hairan pun siapa kau. Jom jumpa la bro.

    Salah besar kami sebab wujudkan kau, pandainya bercakap.

    Kanapa kau block aku? Kau kutuk, hina orang lepas tu nak cakap macam ini.

    Sebelum ini, Kamal bertindak menegur Tareq supaya memberi tumpuan kepada ibadah puasa selepas pempengaruh itu meluahkan rasa kurang senang terhadap penghasilan lagu raya dalam kalangan personaliti media sosial.

    MENARIK:  Nikmati Penerbangan AirAsia Tanpa Had Ke Negara Asean Serendah RM99 Sebulan Sahaja

    Tareq kemudian mempersoalkan Kamal tentang kerjaya lakonan bersama wanita yang tidak menjaga aurat.

    Pelakon, Remy Ishak turut tampil bersuara selepas Tareq mempertikaikan sumber rezeki golongan penggiat seni.

    Sumber: Threads

    The post Tareq Fit Dakwa Artis Hanya Mahu ‘Engagement’, Kamal Adli Ajak Bersemuka – ‘Famous Sangat Ke Sampai Kami Nak Tumpang Kau?’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah