25.2 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bukan Sekadar Panda, Ini Sebab Chengdu Semakin Jadi Pilihan Pengembara Malaysia

    Shopee Sale

    Bila bercakap tentang percutian ke China, negara ini menawarkan pelbagai pengalaman menarik, daripada bandar bersejarah hingga landskap semula jadi yang memukau.

    Namun, Chengdu kini muncul sebagai antara destinasi yang semakin mendapat perhatian pelancong, khususnya mereka yang menghargai perjalanan yang selesa dan teratur.

    Dengan penerbangan Malaysia Airlines dari Kuala Lumpur, pengalaman ke China kini bukan sekadar sampai ke destinasi, tetapi bermula seawal di dalam pesawat.

    Terletak di wilayah Sichuan, Chengdu dikenali dengan gaya hidupnya yang tenang, makanan yang berempah dan akses mudah ke alam semula jadi menjadikannya destinasi yang sesuai untuk percutian seisi keluarga mahupun solo traveller.

    Terokai tarikan ikonik dalam bandar Chengdu

    malaysia airlines
    Kawasan di sekitar Wuhou Shrine. Sumber: Planet of hotel

    Bagi yang sukakan sejarah dan budaya, Chengdu mempunyai banyak lokasi menarik untuk diterokai dalam bandar.

    Wuhou Shrine merupakan antara tarikan utama yang membawa pengunjung menyelami sejarah era Tiga Kerajaan.

    Keindahan Jinli Ancient Street. Sumber: Airial Travel

    Manakala Jinli Ancient Street pula menawarkan suasana klasik dengan deretan kedai tradisional, snek tempatan dan seni bina lama yang memikat.

    Antara faktor utama Chengdu semakin diminati komuniti Muslim ialah kewujudan komuniti Muslim tempatan serta kemudahan makanan halal yang semakin berkembang.

    Di sekitar bandar, pelancong boleh menemui restoran Muslim yang menyajikan hidangan halal termasuk masakan Cina Muslim dan hidangan Asia Tengah.

    Pintu masuk ke Huangcheng Mosque. Sumber: Islamic China Travel

    Kehadiran masjid seperti Huangcheng Mosque juga memudahkan pengembara Muslim untuk menunaikan solat sepanjang perjalanan.

    Nikmati gaya hidup bandar moden Chengdu

    Suasana urban di Taikoo Li. Sumber: The Oval Partnership

    Selain elemen tradisional, Chengdu juga terkenal dengan sisi modennya yang trendy dan stylish.

    Kawasan seperti Taikoo Li dan SKP Chengdu menjadi tumpuan mereka yang gemarkan pengalaman membeli-belah dan bersantai dalam persekitaran bandar yang kontemporari.

    Kafe hipster, butik eksklusif dan seni bina moden menjadikan kawasan ini sesuai untuk pengunjung yang ingin menikmati gaya hidup urban Chengdu.

    Bertemu panda gergasi, tarikan wajib Chengdu

    Aksi panda gergasi yang comel. Sumber: Travel China Guide

    Tak lengkap perjalanan ke Chengdu tanpa singgah ke Chengdu Research Base of Giant Panda Breeding.

    Di sinilah pelancong berpeluang melihat panda gergasi dari dekat dalam persekitaran yang direka khas menyerupai habitat semula jadi mereka.

    Tarikan ini sangat sesuai untuk percutian keluarga dan sering menjadi antara lokasi paling diingati oleh pengunjung.

    Chengdu sebagai pintu masuk ke keindahan Sichuan

    Keindahan Jiuzhaigou Valley. Sumber: Pelago

    Chengdu juga menjadi pangkalan ideal untuk meneroka keajaiban alam Sichuan. Bagi pengunjung yang ingin melihat tasik biru dan lembah warna-warni di Jiuzhaigou Valley, perjalanan biasanya mengambil masa 8–10 jam dengan bas ekspres dari Chengdu.

    Destinasi ini biasanya dilawati selama 2–3 hari dengan penginapan berhampiran untuk menikmati sepenuhnya pemandangan semula jadi yang memukau.

    Bagi pencinta gunung dan fotografi, Siguniang Mountain boleh dicapai dalam masa 4–5 jam dengan bas ekspres atau kereta sewa dari Chengdu.

    MENARIK:  ‘Belajar Tinggi Mana Pun Tetap Kena Masuk Dapur’
    Pemandangan indah di Siguniang Mountain. Sumber: Reddit

    Dari Siguniangshan Town, pengunjung biasanya mengambil bas tempatan atau teksi ke pintu masuk laluan hiking utama, di mana pemandangan dramatik gunung menanti.

    Bagi destinasi yang lebih dekat, seperti Dujiangyan dan Qingcheng Mountain, perjalanan sehari dari Chengdu adalah mudah dan cepat.

    Dujiangyan, yang terkenal dengan sistem pengairan kuno yang diiktiraf UNESCO, boleh dicapai dalam 30–40 minit dengan kereta api berkelajuan tinggi dari Xipu Station, manakala Qingcheng Mountain hanya sekitar 30–50 minit dengan bas atau teksi dari Dujiangyan.

    Alternatif lain ialah mengambil teksi atau van sewa terus dari Chengdu, dengan perjalanan sekitar 1.5–2 jam, memberi fleksibiliti untuk pelancong yang ingin lawatan lebih santai.

    Dengan jaringan pengangkutan awam yang pelbagai, dari kereta api berkelajuan tinggi, bas ekspres hingga teksi atau van sewa, pelancong boleh merancang perjalanan mengikut masa, bajet dan gaya travel masing-masing.

    Pendekatan ini menjadikan Chengdu bukan sahaja destinasi sendiri, malah pangkalan ideal untuk menerokai keajaiban alam semula jadi Sichuan.

    Jom ke Chengdu dengan Malaysia Airlines!

    Perjalanan ke Chengdu kini bermula dengan lebih tenang apabila Malaysia Airlines menawarkan penerbangan terus dari Kuala Lumpur, lengkap dengan servis penuh yang menjadikan pengalaman penerbangan sebahagian daripada percutian itu sendiri.

    Penumpang boleh menikmati elaun bagasi berdaftar percuma bermula dari 20 kilogram, sesuai untuk mereka yang gemar membeli-belah atau membawa pulang cenderamata.

    Sepanjang penerbangan, hidangan Best of Asia disediakan dengan pelbagai pilihan termasuk menu mesra Muslim, manakala sistem hiburan MHstudio pula membantu mengisi masa dengan pelbagai kandungan hiburan untuk semua peringkat umur.

    Layanan kru kabin Malaysia Airlines yang mesra dan profesional turut melengkapkan pengalaman perjalanan yang lebih menyenangkan dari berlepas hingga tiba di destinasi.

    Lebih bernilai tempah terus dengan Malaysia Airlines

    Tempahan terus melalui laman web rasmi atau aplikasi mudah alih Malaysia Airlines menawarkan penjimatan sehingga 15%, dengan tambahan diskaun eksklusif 5% untuk ahli Enrich.

    Pendaftaran Enrich adalah percuma dan membolehkan penumpang menikmati pelbagai keistimewaan lain termasuk fleksibiliti rebooking percuma tanpa caj tambahan (tertakluk kepada perbezaan tambang), serta kadar istimewa untuk perkhidmatan tambahan dan tambang kanak-kanak.

    Dengan penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Chengdu sebanyak tujuh kali seminggu, digabungkan dengan pengalaman penerbangan penuh perkhidmatan, Malaysia Airlines menawarkan perjalanan yang bukan sekadar membawa korang ke destinasi, tetapi menjadi sebahagian daripada pengalaman percutian itu sendiri.

    Untuk percutian seterusnya ke Chengdu, tempah terus melalui laman web rasmi atau aplikasi mudah alih Malaysia Airlines hari ini dan nikmati perjalanan yang lebih selesa ke salah satu destinasi paling menarik di China.

    The post Bukan Sekadar Panda, Ini Sebab Chengdu Semakin Jadi Pilihan Pengembara Malaysia first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah