28.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Generasi Kini Ada Nikmat Sendiri Sambut Hari Raya’ – Liza Abdullah Imbau Kenangan Raya Zaman Kanak-Kanak Dahulu

    Shopee Sale

    Pelakon Liza Abdullah mengakui bahawa terdapat perbezaan dalam sambutan Hari Raya antara generasi kini berbanding dahulu.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Umumkan DMA Islam Seperti Anak Saya’ – Liza Abdullah Perjelas Sudah Berbaik

    Artikel Berkaitan: Netizen Puji Gandingan Zara Zya & Liza Abdullah Dalam Drama ‘Sumpah Ibuku’ – ‘Diorang Dua Ni Watak Jahat Tapi Comel’

    Beza generasi, lain cara sambut raya

    Ketika ditemui oleh , Liza atau nama penuhnya Norliza Abdullah, 61, berkata generasi kini mungkin menikmati kemudahan tersendiri, tetapi mereka tidak merasai kenikmatan sambutan hari Raya seperti zaman dahulu.

    Bagaimanapun, dia menekankan bahawa perkembangan zaman perlu diikuti, meskipun perbezaannya begitu nyata.

    Mungkin generasi kanak-kanak masa kini mempunyai kenikmatan tersendiri dalam cara mereka menyambut Hari Raya.

    Tapi, mereka tidak dapat merasai keindahan dan kemeriahan sambutan yang pernah kita alami dahulu.

    Tetapi apa-apa pun, kita tetap perlu menerima dan menyesuaikan diri dengan perkembangan serta peredaran zaman.

    Liza berkata demikian ketika ditemui pada majlis rakaman Melodi Raya di Saloma, Kuala Lumpur.

    Surau tempat berkumpul

    Mengimbas kembali, pelakon drama 7 Hari Mencintaiku itu menceritakan bahawa dahulu surau atau masjid di kampung menjadi tempat utama berkumpul, sekali gus mengeratkan hubungan sesama kanak-kanak.

    MENARIK:  ‘Tolong Terima Jodoh Awak Dengan Jofliam Dah Berakhir, Berdamailah Dengan Takdir’ – Dewi

    Ujarnya lagi, berbeza dengan keadaan sekarang di taman perumahan, tidak semua penduduk mengunjungi masjid atau surau yang sama.

    Kalau kita perhatikan sekarang, di surau pun jarang nampak kanak-kanak.

    Memang ada di sesetengah tempat, tetapi suasananya berbeza dengan zaman kita dahulu.

    Dulu, kalau di kampung, surau lah menjadi tempat kita berkumpu.

    Di situlah adanya kenangan dan momen kita kanak-kanak dulu.

    Hubungan sesama jiran pun jadi lebih mesra dan rapat.

    Tetapi kini, keadaannya sudah berubah.

    Terutamanya di kawasan taman perumahan, tidak semua penduduk pergi ke masjid atau surau yang sama.

    Tambah Liza, perbezaan paling ketara pada zaman kanak-kanaknya adalah hanya pada bulan Ramadan apabila mereka dibenarkan keluar pada waktu malam untuk menyertai aktiviti, manakala pada malam lain, disiplin lebih ketat dan pergerakan mereka dikawal.

    Bagi kanak-kanak pada zaman saya pula, kebebasan itu lebih terasa hanya pada bulan Ramadan.

    Itulah satu-satunya masa kami dibenarkan keluar pada waktu malam.

    Jika pada malam-malam lain, memang kami akan kena marah dan boleh dirotan.

    The post ‘Generasi Kini Ada Nikmat Sendiri Sambut Hari Raya’ – Liza Abdullah Imbau Kenangan Raya Zaman Kanak-Kanak Dahulu first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah