31.2 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bukan Sekadar Miliki ‘Six-Pack’, Ini Kelebihan ‘Sit Up’ Untuk Postur Badan & Kekuatan Tulang Belakang

    Shopee Sale

    Sit-up merupakan satu gerakan bagi menguatkan otot perut dan sering dianggap sebagai cara untuk membentuk six-pack atau mengekalkan postur tubuh yang tegap.

    Artikel Berkaitan: Punggung Kurang Menonjol? Ini Cara Paling Cepat Untuk Tampak Lebih ‘Mantap’

    Artikel Berkaitan: Buah Pisang Bantu Tingkatkan Kualiti Tidur & Kurangkan Risiko Kemurungan

    Membentuk six-pack

    Namun, pergerakan ini sebenarnya bukan sahaja memberi kesan kepada perut, malah turut melibatkan beberapa otot lain dalam tubuh.

    Otot yang paling dominan semasa melakukan sit-up ialah rectus abdominis, sejenis otot yang menghubungkan bahagian hadapan perut, dari tulang rusuk bawah hingga ke tulang pinggul.

    Bahagian otot ini berperanan ketika tubuh diangkat dalam posisi baring, dengan menarik tulang rusuk ke arah pinggul dan menyebabkan tubuh membongkok ke depan.

    Dengan latihan yang konsisten, otot rectus abdominis bukan sahaja akan menjadi lebih kuat, malah turut membantu membentuk six-pack serta mengekalkan kestabilan tubuh dan postur.

    Selain itu, otot obliques di sisi perut turut aktif semasa melakukan sit-up.

    Otot ini, yang terdiri daripada lapisan luar (external obliques) dan lapisan dalam (internal obliques), dapat mengekalkan kestabilan tubuh walaupun tanpa sebarang gerakan.

    MENARIK:  Yaana Lee Ucap Terima Kasih, Suami Padam Akaun IG Selepas Kantoi ‘Follow’ Wanita Seksi

    Antara jenis sit-up yang melibatkan pusingan tubuh, seperti aktiviti bicycle crunch, ianya menjadikan otot obliques bekerja dengan lebih aktif.

    Tingkatkan tenaga

    Seterusnya, otot transverse abdominis yang terdapat di dalam lapisan perut, berfungsi seperti korset semula jadi.

    Otot ini berperanan dalam mengekalkan kestabilan tulang belakang, menyokong organ dalaman, serta menjaga tekanan di rongga perut, sekaligus meningkatkan kekuatan tenaga yang berguna untuk aktiviti harian.

    Di samping itu, otot jenis hip flexors, yang terletak di bahagian depan pinggul dan peha, membantu membengkokkan pinggul supaya tubuh bahagian atas dapat dibawa hampir ke arah kaki semasa sit-up dilakukan.

    Namun, jika terlalu bergantung pada hip flexors tanpa mengaktifkan otot perut dengan betul, ia boleh menyebabkan ketegangan pada bahagian punggung bawah.

    Justeru, keseimbangan antara kekuatan perut dan pinggul amat penting bagi memastikan gerakan dilakukan dengan selamat dan berkesan.

    Sumber: IDN Times

    The post Bukan Sekadar Miliki ‘Six-Pack’, Ini Kelebihan ‘Sit Up’ Untuk Postur Badan & Kekuatan Tulang Belakang first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah