24.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Buka Hijab Jadi Lebih Dekat Dengan Allah? Itu Jahil’ – Ustaz Azhar Idrus

    Shopee Sale

    Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus memberi penjelasan mengenai persepsi sesetengah wanita yang mengatakan mereka menjadi lebih dekat dengan Allah SWT selepas memilih untuk membuka hijab.

    Artikel Berkaitan: ‘Bariatrik Halal Dilakukan Kerana Penyakit, Haram Jika Untuk Cantik’ – Ustaz Azhar Idrus

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Nak Jadi Diri Sendiri, Fokus Hubungan Dengan Allah’ – Anak Nora Ariffin Pilih Buka Tudung

    Bercanggah dari sisi agama

    Gambar Sekadar Hiasan

    Menerusi perkongsian TikTok, Ustaz Azhar Idrus memaklumkan pandangan sebegitu adalah bercanggah dengan agama.

    MENARIK:  Peniaga Scone Cameron Highland Mohon Maaf, Nafi Hina Golongan B40 – ‘Saya Tidak Lahir Dalam Keluarga Berada’

    Ini kerana, setiap manusia di muka bumi wajib mentaati perintah Allah SWT.

    Ini adalah (kenyataan) orang jahil. Kalau kita nak dekat dengan Allah, kita kena taat dengan Allah.

    Kalau kita tak taat pada perintah-Nya, maka kita akan jauh dengan Allah.

    Tidak boleh orang yang derhaka menjadi dekat dengan Allah.

    Tutup aurat perintah Allah

    " data-video-id="7551084792226385160" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @ustaz.azhar.idrus

    Adakah Buka Tudung Rasa Dekat Dengan Allah? #ustazazharidrus #ustazazharidrusofficial #ustazazhar #tudung

    ♬ original sound – Ustaz Azhar Idrus – Ustaz Azhar Idrus

    Bagi menguatkan lagi hujah, Ustaz Azhar turut menyelitkan ayat al-Quran yang menitikberatkan mengenai aurat wanita yang diturunkan Allah SWT kepada seluruh hamba-Nya.

    Bercakap mengenai kewajipan menutup aurat Allah ada berfirman yang bermaksud, ‘Wahai nabi, wajib untuk kamu meminta isteri, anak-anak kamu dan wanita beriman memakai jilbab yang menutup rambut, kepala, tengkuk dan belahan dada daripada dilihat. Yang demikian itu barulah berbeza mereka daripada wanita-wanita yang tidak beriman.’

    Di akhir video, Ustaz Azhar sekali menegaskan bahawa kenyataan sesetengah wanita yang merasakan mereka menjadi lebih dekat dengan Allah SWT selepas membuka hijab adalah salah dan jahil.

    Maka kalau ada yang mengatakan dia membuka tudung menjadikan dia lagi dekat dengan Allah adalah salah.

    Orang yang pakai tudung akan lagi dekat dengan Allah kerana menutup aurat adalah perintah Allah manakala mereka yang mendedah aurat adalah tanda derhaka pada Allah.

    Sumber: TikTok

    The post ‘Buka Hijab Jadi Lebih Dekat Dengan Allah? Itu Jahil’ – Ustaz Azhar Idrus first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah