27.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, August 11, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Sampai Bila Bapa Perlu Tanggung Nafkah Anak? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus

    Shopee Sale



    Pendakwah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus memberi penjelasan tentang tanggungjawab nafkah seorang bapa terhadap anak-anak.

    Artikel berkaitan: [VIDEO] Ustaz Azhar Idrus Beri Penjelasan Soal Hak Penjagaan Anak Selepas Bercerai

    Artikel berkaitan: ‘Isteri Sengaja Minta Cerai Tanpa Kejahatan Suami, Maka Haram Cium Bau Syurga’ – Ustaz Azhar Idrus

    Tanggung nafkah anak

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik semula di TikTok, Ustaz Azhar berkata, seorang bapa wajib memberi nafkah kepada anak sejak lahir sehingga mereka boleh mencari pendapatan sendiri.

    Kita wajib tanggung anak dari beranak sampailah dia boleh berdikari. Contoh umur 18 tahun dah boleh bekerja dah tak wajib dah tanggung.

    Bagaimanapun, sekiranya seorang bapa dikurniakan anak Orang Kurang Upaya (OKU) maka perlu ditanggung sehingga akhir hayat mereka.

    Itu anak yang sihat kalau anak yang OKU tak boleh bawa diri maksudnya tak boleh berdikari, wajib kita tanggung sampai mati.

    Jadi siapa yang ada tiga orang anak OKU dia jutawan dekat akhirat nanti. Allah beri dia susah tanggung anak sampai mati.

    MENARIK:  Konsert Barbarik Pentas Peluru Cokelat Bakal Gegarkan Zepp KL! Ada Elemen Kejutan Buat Penonton
    " data-video-id="7319036353344245000">
    @sah.pika Tanggung nafkah anak sampai bila.#fyp #viral #nafkahanak #hukum ? bunyi asal – PikasShop

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah