32.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Boss Ned Hilang Sabar Dakwa Ada Pihak Ganggu Anak, Perli Wanita Bertudung Solat Lima Waktu Tapi Angkut Lelaki Balik Rumah? 

    Shopee Sale

    Bekas suami kepada pelakon Nora Danish iaitu Nedim Nazri Aziz, meluahkan rasa marah dan kecewa selepas mendakwa ada individu yang cuba mengganggu anaknya.

    Artikel Berkaitan: Nora Danish Ulas ‘Posting’ Zarina Anjouline Tulis ‘I Miss U Boss Ned’ Di IG – ‘Luahan Rindu Seorang Sahabat, Mereka Sudah Lama Kawan’

    ‘Jangan main dengan anak’

    Menerusi hantaran di platform Threads, Nedim atau mesra disapa Boss Ned menegaskan, dia tidak akan berkompromi jika sesuatu perkara melibatkan anaknya.

    Saya ini senang sahaja, jangan main (ganggu) anak saya. Kalau main dengan anak saya, saya bantai sampai kurus.

    Saya tak akan bantai kalau saya rasa anak tak diketepikan. Kalau nak cuba mari lah hantar ke sini kita lawan. Anak aku adalah segalanya.

    Jangan uji kasih sayang seorang lelaki kepada keluarganya. Orang boleh berkata apa sahaja kepada saya, tapi bila melibatkan anak, saya seperti ibu bapa lain akan bertindak tegas.

    Kalau tidak berpuas hati boleh bawa ke mahkamah, banyak perkara yang saya ingin kemukan.

    Tunggang imej bertudung?

    Dalam pada itu, menerusi beberapa hantaran lain di entri sama, Boss Ned turut menyindir seorang indvidu wanita yang didakwa berpura-pura baik di sebalik penampilan berhijabnya.

    Saya seorang yang jauh dari alim, semoga contoh saya mendirikan solat menunjukkan sesuatu yang baik kepada anak. Tapi jangan jadi yang konon solat gila babi tiap hari bawa balik lelaki balik rumah.

    Jangan percaya kalau orang itu pakai tudung, bukan semua maksud saya! Tapi memang ada yang penipu.

    Walaupun tidak menyebut sebarang nama, kenyataannya itu mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan warganet yang tertanya-tanya siapakah individu yang dimaksudkan olehnya.

    MENARIK:  Adi Putra ‘Genius Matematik’ Timang Anak Sulung, Kongsi Tarikh Lahir Sama – ‘Hadiah Yang Terindah’

    Sumber: Threads

    The post Boss Ned Hilang Sabar Dakwa Ada Pihak Ganggu Anak, Perli Wanita Bertudung Solat Lima Waktu Tapi Angkut Lelaki Balik Rumah?  first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah