33.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Faizal Hussein Tumpang Kasih Sayang Keluarga Mentua Setiap Kali Syawal – ‘Ibu Bapa Saya Sudah Tiada’

    Shopee Sale

    Hampir sedekad kehilangan kedua ibu bapa, pelakon Faizal Hussein memberitahu setiap kali menjelang Syawal, dia akan pulang ke kampung isterinya bagi merasai kembali suasana kekeluargaan.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Isteri Tak Pernah Tukar Cadar, Saya Yang Buat..Angkat Tilam Berat Bukan Kerja Wanita’ – Faizal Hussein

    Tumpang kasih sayang mentua

    Faizal, 58, berkata, ketiadaan ibu dan bapa membuatkan dia kini menumpang kasih sayang daripada keluarga mentua setiap kali Aidilfitri.

    Saya raya akan pulang ke Johor. Bukan kampung saya, tetapi rumah ibu bapa mentua. Kedua-dua ibu bapa saya sudah tiada, jadi setiap kali balik raya, saya menumpang kasih sayang daripada mereka.

    Saya bercadang untuk pulang ke Johor lebih awal. Namun, saya tidak dapat bercuti lama kerana ada komitmen kerja seperti penggambaran serta kesinambungan 10 episod untuk projek lain.

    Tentang sambutan raya pula, sudah tentu saya akan beraya bersama keluarga. Selepas pulang dari Johor, saya akan beraya di rumah sendiri. Itu memang rutin setiap tahun.

    Dalam masa sama, pelakon drama Walid itu turut berkongsi perasaan yang masih terbit setiap kali tibanya Aidilfitri, terutama apabila mengenangkan arwah ibu bapanya.

    Setiap kali tiba hari raya, sudah tentu saya akan teringatkan arwah ibu dan bapa. Perasaan itu memang ada, tetapi kehidupan perlu diteruskan.

    Kita kena terima kenyataan, kuatkan diri dan fokus kepada keluarga yang ada sekarang. Sedikit sebanyak, itu membantu mengubati rasa rindu.

    Sudah lebih 10 tahun saya menyambut raya tanpa ibu dan bapa. Ibu bapa saya sudah tiada. Pada awalnya memang sukar, terutama untuk hari raya pertama kerana terlalu banyak kenangan.

    Malah, saya sudah tidak lagi beraya di rumah lama di Gombak kerana perasaan itu terlalu kuat.

    The post Faizal Hussein Tumpang Kasih Sayang Keluarga Mentua Setiap Kali Syawal – ‘Ibu Bapa Saya Sudah Tiada’ first appeared on OHBULAN!.

    MENARIK:  [VIDEO] Bella Astillah Bagi ‘Pickup Line’ Kepada Syed Saddiq Buat Ramai Geli Hati – ‘Takkan Nak Panggil B Pula’

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah