
Usahawan kontroversi, Aliff Syukri menyifatkan ibunya, Bonda Rozita sebagai seorang wanita yang manja dan romantik.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aliff Syukri Tak Sengaja Bertemu Bonda Rozita, Pilih Mengalah Demi Hubungan Baik – ‘Pertemuan Ini Merungkai Segalanya’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aliff Syukri Hargai Pengorbanan Isteri & Ibu Buat Netizen Sebak – ‘Kita Nampak Sisi Lain Dia, Muliakan Keluarga & Jadi Penenang’
Bonda seorang yang manja
Menerusi video yang dikongsikan semula di TikTok, pemilik nama Aliff Syukri Kamarzaman, 38, berkata sifat mesra dan manja yang ditunjukkan ibunya ketika sesi siaran langsung di TikTok baru-baru ini, bukanlah sesuatu yang baharu, malah ianya adalah sebahagian daripada personaliti wanita itu.
Sebenarnya bonda tu dia memang seorang yang romantik, manja. Bukan manja sahaja ye tapi manja kali. Lagi-lagi dapat suami yang melayan dia.
Jadi, kalau tanya saya, saya tak terkejut pun sebab saya memang tahu perangai bonda macam tu.
Aliff turut meminta agar orang ramai memberi ruang kepada Bonda Rozita untuk menikmati momen bahagia dalam perkahwinan terkininya dan tidak membandingkan dengan hubungan lalu ibunya bersama bekas suami.
Korang ni kasi lah chance sikit dekat Hajah Bonda Rozita bermesra.
Korang janganlah membanding-bandingkan Abang Haji (bekas suami bonda) dengan Abang Amin (suami bonda) sebab setiap orang ada karakter berbeza-beza.
Cuma mungkin suami sebelum ini orangnya tak melayan dan tak suka depan kamera. Itu sahaja.
Mengulas lanjut, Aliff menyatakan bahawa siaran langsung tersebut tidak sepatutnya dijadikan isu besar kerana apa yang ditunjukkan hanyalah kasih sayang suami isteri yang sah.
Kita cuma doa yang terbaik je lah. Biarlah bonda buat live, mungkin dia nak tunjuk juga suami dia, tak salah pun nak manja-manja.
Sumber: TikTok
The post ‘Bonda Rozita Memang Manja, Romantik’ – Aliff Syukri first appeared on OHBULAN!.





