Ibu kepada pelakon Meerqeen iaitu Eida Suraida menyifatkan anak lelakinya sebagai seorang yang sentiasa mengutamakan keluarga.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Meerqeen Akui Penakut, Ketepikan Prinsip Enggan Berlakon Drama Seram Demi Adik
Artikel Berkaitan: Meerqeen Nafi ‘Dating’ Di Bali, Minta Netizen Henti Buat Andaian – ‘Jangan Cari Salah Orang Je, Dia Bukan Kekasih Saya’
Buat keluarga bangga

Menerusi ciapan di Threads, Meerqeen atau nama penuhnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam berkata, kebahagiaan ibu bapa menjadi antara pencapaian yang paling dibanggakan dalam hidupnya.
Buat mama ayah senyum akan sentiasa menjadi pencapaian yang paling saya banggakan.
Selagi saya mampu, saya akan terus buat.
Bagaimanapun, ciapan tersebut meraih perhatian ibu Meerqeen yang meluahkan rasa bangga terhadap segala kejayaan yang telah dikecapi pelakon berusia 25 tahun itu.
Selain itu, Meerqeen turut dipuji sebagai anak yang baik apabila sentiasa mengutamakan keluarga selain didoakan agar terus dilimpahkan rezeki.
Mama bangga dengan abang.
Anak yang baik, selalu mendahulukan mama, ayah dan adik-adik.
Semoga Allah hebatkan lagi rezeki abang dari pelbagai penjuru. Mama sentiasa sayang abang.
Sumber: Threads @meerqeen
The post ‘Anak Yang Baik, Selalu Dahulukan Keluarga’ – Ibu Meerqeen first appeared on OHBULAN!.





