25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, June 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bimbang Isu ‘Penyondol’, Marsha Luang Masa Dengan Suami – ‘Kami Tahu Password Tapi Tak Terfikir Nak Periksa Telefon’

    Shopee Sale



    Penyanyi Marsha mendedahkan tidak pernah terfikir untuk memeriksa telefon bimbit suaminya.

    ‘Kepercayaan antara satu sama lain lebih utama’

    Ketika ditemui di majlis perjanjian kerjasama antara Alternate Records & Talents dan Universal Music Malaysia, Masrsha atau nama lengkapnya, Marsha Milan Londoh berkata bahawa kepercayaan antara dirinya dan suami adalah jauh lebih penting.

    Bagi kami kepercayaan antara satu sama lain lebih utama.

    Sementara itu, pelantun lagu Hening Rindu itu akui tindakan memeriksa telefon bimbit pasangan mungkin akan mengundang rasa kurang senang dan tak percaya antara pasangam.

    Walaupun kami tahu kata laluan telefon masing-masing tapi saya tak pernah terfikir nak periksa. Sebab bagi saya, kalau periksa nanti boleh undang rasa kurang senang dan tak percaya antara pasangan.

    Apabila ditanya mengenai pendapatnya tentang kehadiran orang ketiga dalam sesebuah rumah tangga, Marsha berkata dia hanya mampu berdoa agar hubungannya dengan suami sentiasa dilindungi.

    Saya pun takut sebenarnya bila dengar isu penyodol semua ini sebab itu saya tak nak bercakap lebih mengenai perkara itu. Kita sendiri ada perkahwinan yang nak dijaga.

    Sebagai seorang isteri yang bekerja, agak merisaukan juga sebab jarang berada di rumah. Tapi saya selalu cari masa untuk bersama suami sebab tak nak perkara macam ni terjadi.

    Dalam pada itu, Marsha meluahkan rasa syukur kerana suami memahami akan kerjayanya sebagai anak seni selain sentiasa memberi sokongan terhadap apa yang dilakukannya.

    Suami pun seorang yang memahami kerja saya dan dia pun kerap tanya ‘update’ karier saya. Alhamdulilah, saya minta dijauhkan perkara ini.

    Saya tak mahu isu suami rakan sendiri disondol kawan baik apa lagi pada diri sendiri. Tapi kita cuma boleh berdoa untuk diri dan kawan-kawan agar dijauhkan benda-benda begini.

    Dalam perkembangan lain, Marsha memberitahu sedang dalam proses menyiapkan album terbaharunya yang bakal dipasarkan tidak lama lagi.

    MENARIK:  Siti Jamumall & Aiman Tak Kesah Cerai Talak Tiga – ‘Buat Masa Ini Tidak Boleh Rujuk Semula’

    Untuk rekod, Marsha mendirikan rumah tangga dengan Mohamed Shaiful Nizam, 38, pada 31 Disember 2015.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah