Pempengaruh media sosial, Siti Jamumall dan suami, Khairul Aiman Abdul Kudus sah bercerai dengan talak bain kubra (talak tiga) selepas lafaz cerai kali ketiga ketika siaran langsung TikTok, empat bulan lalu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ibu Siti Jamumall Kesal Dengan Aiman, Dedah Anak Terima Tujuh Talak Dalam Setahun – ‘Konon Kata Sayang’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Siti Jamumall Tak Menolak Kembali Bersama Aiman Demi Anak – ‘Dia Kena Dapatkan Restu Ayah Saya Dahulu’
Cerai talak tiga

Memetik laporan Sinar Harian, keputusan itu diputuskan oleh Hakim Syarie, Fairus Jaafar di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada Isnin.
Khairul Aiman, 22, atau lebih dikenali sebagai Aiman Tak Kesah, menceraikan Siti Suriani Wahiddin, 26, dengan talak pertama pada 17 Mac.
Pada 15 Mei, dia melafazkan cerai lagi ketika siaran langsung di TikTok termasuk lafaz ketiga beberapa minit kemudian.
Mahkamah menetapkan talak pertama dan kedua hanya dikira sebagai satu talak rajie, manakala lafaz ketiga jatuh sebagai talak bain kubra.
Mengambil kira lafaz ketiga dibuat berselang 15 hingga 18 minit dari lafaz kedua dan ada perbualan lain, maka lafaz berkenaan didapati sah dan menjatuhkan talak satu kali ketiga.
Mahkamah meluluskan tuntutan pengesahan cerai plaintif mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Selangor) 2003.
Defendan diarahkan menjalani tempoh edah selama sehingga bersalin dan surat nikah kedua-dua pasangan ini di Perlis dibatalkan.
Peguam syarie plaintif iaitu Mohd Nooraizan Bin Md Idros, memaklumkan bahawa Aiman menerima keputusan mahkamah, namun memikirkan tentang anak sulungnya yang baru dilahirkan.
Dia berharap dapat berbaik semula dengan bekas isterinya itu dan saya masih dalam perbincangan sama ada mahu memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi Syariah dalam masa 14 hari.
Ya, buat masa ini, pasangan ini tidak boleh rujuk semula.
Pada 15 Mei lalu, pasangan itu telah melafazkan cerai buat kali kedua menerusi siaran langsung di TikTok @Sitijamumall.
Lafaz cerai tersebut diulang sebanyak tiga kali sebelum siaran langsung dihentikan secara mengejut. Bagaimanapun, mereka kembali rujuk dalam tempoh kurang 24 jam selepas pengesahan lafaz cerai dibuat.
Pasangan itu juga telah bercerai untuk kali pertama pada 17 Mac di luar mahkamah.
Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 1 Jun tahun lalu di Satun, Thailand.
Ini merupakan perkahwinan kedua Siti yang sebelum ini pernah berkahwin selama empat tahun dan dikurniakan dua anak lelaki, Putra Adam Rizki, berusia lima tahun dan Putra Aiman Zafran, tiga tahun.
Siti Jamumall juga selamat melahirkan cahaya mata ketiga pada 12 September lalu.
Sumber: Sinar Harian
The post Siti Jamumall & Aiman Tak Kesah Cerai Talak Tiga – ‘Buat Masa Ini Tidak Boleh Rujuk Semula’ first appeared on OHBULAN!.





