34 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Beto Kusyairy Tegur Penghutang, Mohon Lunaskan Segera – ‘Job Ada, Pergi Bercuti Tanpa Malu’

    Shopee Sale

    Pelakon Beto Kusyairy memberi teguran kepada individu yang tidak didedahkan identitinya ekoran hutang yang belum dilunaskan.

    Artikel Berkaitan: Beto Kusyairy Mula Kurang Lakon Babak Aksi, Syukur Koreografi Filem Gayong Masih Mudah – ‘Saya Ada Dua Tempat Slip Disc’

    Artikel Berkaitan: Abby Abadi Syukur Norman Hakim Lunaskan Hutang Mas Kahwin – ‘Berkat Kesabaran Selama 22 Tahun’

    Hutang

    Menerusi teguran yang dimuat naik di Instagram Story (IGs), Beto atau nama sebenarnya NurKusyairy Zakuan Osman dilihat meminta pihak penghutang untuk membayar bahagian yang telah dipinjam.

    Ujarnya, duit yang diberi pinjam itu atas dasar ihsan sebagai seorang kawan dan bukan kerana miliki duit yang banyak.

    Bayarlah hutang kawan.

    Dia bagi pinjam bukan sebab dia banyak duit, tapi sebab dia anggap kita sebagai kawan.

    Janjinya esok lusa langsai, membawa ke berminggu, kemudian berbulan, lalu bertahun.

    Hutang tak bayar tapi pergi bercuti

    Pelakon filem ‘Imaginur’ itu turut menyindir halus pihak penghutang yang bercuti dan berbelanja tanpa menunaikan tanggungjawab melunaskan hutang terlebih dahulu.

    MENARIK:  Dari Pergi Kerja Sampai Balik Pejabat, Ini Cara Jimat Commute Dengan Group Ride by Grab

    Dalam pada itu, Beto menggesa agar individu terbabit segera melunaskan hutang yang dipinjam sementara masih bernyawa.

    Kerja ada, beli macam-macam.

    Mampu pergi bercuti, tiada segan silu.

    Kita ini perhati saja. Diam terkulat lagi.

    Ada yang terasa? Cepat-cepatlah langsaikan hutang kawan itu.

    Takut tak sempat nanti, naya.

    Sumber: Instagram @beto_kusyairy

    The post Beto Kusyairy Tegur Penghutang, Mohon Lunaskan Segera – ‘Job Ada, Pergi Bercuti Tanpa Malu’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah