28.8 C
Kuala Lumpur
Monday, May 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Berat Badan Syafie Naswip Naik 2 Kilogram Sebab ‘Air Tangan’ Nabila Huda

    Shopee Sale

    Pelakon, Syafie Naswip mendedahkan berat badannya bertambah sebanyak dua kilogram sepanjang menjalani penggambaran filem Gayong 2.

    Artikel Berkaitan: ‘Rasa Segan Bila Pelakon Baharu Idolakan Saya’ – Beto Kusyairy 

    Jamu hidangan Nabila Huda

    Syafie, 34, berkata antara faktor perubahan itu berlaku disebabkan suasana di set yang sentiasa meriah dengan makanan, termasuk hidangan istimewa yang disediakan sendiri oleh pelakon Nabila Huda.

    Memang boleh nampak badan saya sedikit berisi dalam Gayong 2 sebab di set memang sentiasa ada makanan.

    Setiap kali ada waktu rehat, Kak Abil (Nabila Huda) akan jamu kami dengan masakan yang dia sediakan sendiri.

    Antara menu yang dia masak termasuk masak lemak cili padi, nasi goreng, pasta dan pelbagai lagi di set.

    Syafie berkata demikian ketika ditemui pada malam gala tayangan filem tersebut di One Utama, Damansara, pada Rabu.

    Berkongsi lanjut, pemenang Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia ke-25 itu turut mengakui berdepan cabaran dari segi fizikal dan teknikal, khususnya ketika menjayakan babak aksi.

    MENARIK:  [VIDEO] Kieda Crepe Menangis, Netizen Dakwa Kongsi Berita Kehamilan Terlalu Awal Punca Gugur – ‘Saya Cuma Teruja’

    Menurutnya, kebanyakan koreografi pertarungan dipelajari secara terus di set tanpa latihan awal seperti yang dilakukan dalam filem pertama.

    Cabaran utama adalah saya perlu cepat menghafal setiap pergerakan aksi. Semua step dipelajari di set.

    Kalau Gayong pertama, kami sempat berlatih di studio, tetapi untuk Gayong 2, semuanya dilakukan secara terus.

    Jadi saya sentiasa ingatkan diri untuk fokus, kurangkan kesilapan supaya tidak menyusahkan pihak produksi, krew dan pelakon lain.

    Selain Syafie, filem terbitan SOL Pictures Sdn Bhd itu turut dibintangi Beto Kusyairy, Nabila Huda, Fauzie Laily, Bobby Tonelli, Rabbit Chen, Hanna Aqeela, Sandra Lim dan ramai lagi.

    The post Berat Badan Syafie Naswip Naik 2 Kilogram Sebab ‘Air Tangan’ Nabila Huda first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah