25.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, August 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bella Astillah Bangga Ayden Tamatkan Acara Renang Di Langkawi

    Shopee Sale

    Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah meluahkan rasa bangga apabila anak sulungnya, Ayden Adrean berjaya menamatkan renangan pada Pesta Renang Langkawi (LSF) di Dataran Tanjung Rhu, pada Ahad.

    Tahniah Ayden

    Menerusi satu hantaran di Instagram, Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 31, berkata, dia tidak menyangka anak lelakinya itu berjaya menamatkan acara renang sejauh 400 meter, meskipun hanya sempat menjalani latihan dalam tempoh yang singkat.

    Pertandingan renang pertama anak saya, 400 meter di laut, dengan hanya lebih kurang seminggu latihan. Memang sangat takut sampai tak keluar suara (yang keluar cuma air mata). Saya sendiri tak pasti sama ada dia boleh buat tapi dia berjaya. Dia berenang sepenuh hati dan sampai ke garisan penamat.

    Dalam pada itu, Bella turut mengakui dirinya diselubungi perasaan cemas dan bimbang akan keselamatan Ayden  yang menyertai cabaran tersebut.

    Lebih-lebih lagi apabila mengenangkan dirinya yang pernah melalui pengalaman pahit yang menyebabkan dia mengalami trauma terhadap aktiviti air.

    Sebagai seseorang yang langsung tak tahu berenang (sebab trauma dan memori gelap), melihat anak saya berada di laut terasa seperti jantung saya berada di luar badan. Tapi dia begitu berani, kuat, dan tekad. Dan dia berjaya habiskan.

    Saya menangis, dan sekeluarga pun menangis kerana dia berjaya, anak saya seorang yang kuat.

    Bagaimanapun, pelantun lagu Lebih Indah Berpisah ini bangga melihat kejayaan dan keberanian Ayden dalam mengharungi cabaran tersebut meskipun baru berusia 8 tahun.

    Kamulah anak sulung saya, kebanggaan saya, segalanya buat saya. Sebagai ibu dan ayah dalam satu, saya akan lindungi kamu, bimbing kamu, sorak untuk kamu, dan sayang kamu tanpa henti. InshaAllah.

    Mommy sayang Ayden sangat-sangat. Lebih daripada apa yang kata-kata mampu ungkapkan.

    Untuk rekod, Bella sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Aliff Aziz pada 9 September 2016, namun berpisah pada 13 Jun tahun lalu. 

    MENARIK:  ‘Akhirnya Kena Duduk Rumah & Jaga Makan Suami’ – Puteri Rania Buktikan Wanita Mampu Sertai Arena Sukan Tempur

    Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrean, 8, dan Ara Adreanna yang kini berusia 5 tahun.

    The post Bella Astillah Bangga Ayden Tamatkan Acara Renang Di Langkawi first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah