
Aktor Indonesia Jefri Nichol menjadi tumpuan netizen apabila bekas kekasihnya, Shenina Cinnamon sah bergelar isteri.
Bekas kekasih dah kahwin

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram, Jefri dilihat memuat naik beberapa keping foto dirinya yang menjadi duta sebuah jenama terkemuka.
Namun, apa yang meraih perhatian apabila pelakon berusia 26 tahun itu menjadi ‘target’ netizen dengan berita mengenai bekas kekasihnya yang sudah berkahwin.
Pada perkongsian itu, pelbagai komen berunsur perlian yang ditinggalkan kepada pelakon utama filem Ali Topan tersebut.
Menerusi pemerhatian , Jefri tidak meninggalkan sebarang ucapan tahniah mahupun respon pada berita tersebut.
Tak dijemput ke?




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dari negara seberang menanyakan jika Jefri dijemput ke majlis perkahwinan bekas kekasihnya. Selain itu, warganet turut menanyakan gilirannya untuk mendirikan rumah tangga.





