
Suami kepada penyanyi terkenal, Shila Amzah, iaitu Ubai MZ menjelaskan bayaran harga untuk menggunakan khidmatnya tidak termasuk dengan pakej isteri, Shila Amzah.
Tak datang sekali

Menerusi ciapan di platform X, Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli berkata kebanyakan pelanggan yang mahu menggunakan khidmatnya sering meminta supaya Shila dapat diselitkan dalam video.
Bagaimanapun, Ubai menjelaskan bahawa harganya tidak disekalikan dengan Shila memandangkan mempunyai pengurus yang berlainan.
Minta harga saya, tapi nak sekali isteri (Shila).
Banyak betul yang (mesej) macam ini. Dalam kerja kami tidak datang dengan pakej.
Harap ini akan menjelaskan semua.
Komen netizen

Ciapan yang dibuat Ubai menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Rata-ratanya meninggalkan komen menyatakan permintaan tersebut tidak boleh diterima akal.
Minta rate saya, tapi nak sekali wife. Banyak betul yang macam ni. Dalam kerja kami tidak datang dengan pakej.
Hope this will clear the water. ?? pic.twitter.com/bjw6K2F8Yb
— Ubai.Hani (@ubaihani) February 19, 2025





