32 C
Kuala Lumpur
Saturday, February 8, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bapa Tidak Sengaja Pukul Anak Sampai Mati, Niatnya Untuk Melumpuhkan – ‘Dia Bermasalah’

    Shopee Sale



    Foto: Kompas

    Seorang bapa di Indonesia bakal berdepan dengan hukuman penjara selepas disyaki memukul anaknya sehingga mati.

    Pukul nak bagi lumpuh

    Gambar sekadar hiasan

    Memetik laporan portal Kompas, suspek yang dikenali sebagai Sutikno memaklumkan bahawa dia hanya mahu meleraikan pergaduhan yang berlaku di antara dua orang anak lelaki.

    Difahamkan ketika kejadian, Sutikno memukul anaknya yang bernama Guntur dengan menggunakan kayu kerana mengacukan pisau terhadap adiknya.

    Guntur berada dalam keadaan mabuk dan membawa pisau. Dia mahu membunuh adiknya jadi saya leraikan.

    Sutikno mendakwa dia hanya memukul anaknya itu dengan niat untuk membuatkannya lumpuh pada awalnya namun, tidak menyangka Guntur maut di tempat kejadian.

    Namun sayang, dia tidak menyangka anaknya itu maut akibat kecederaan yang berlaku di bahagian kepala.

    Saya hentak kakinya dengan benda keras dengan niat biar dia lumpuh. Jika lumpuh saya masih boleh menjaganya kerana kami semua sudah tidak tahan dengan sikap dia.

    Dia (mangsa) sering memukul kami sehingga kami pernah lari menetap di rumah saudara kerana tidak tahan.

    Saya tidak tahu dia telah mati dan tidak berniat membunuhnya. Saya hanya mahu menyelamatkan keluarga. Itu saja.

    Dalam pada itu, Guntur disifatkan sebagai seorang anak yang sangat bermasalah serta biadab kerana selalu sering memukul ibu ayah serta isteri dan adik beradiknya yang lain.

    MENARIK:  Arnie Shasha Mohon Maaf Dah Tipu Satu Malaysia, Pergaduhan Dengan Qistina Raisah Hanya Gimik Lagu ‘Lepak’

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah