Pelakon, Linda Hashim mengambil pendekatan untuk tidak mengulas lanjut mengenai kontroversi seorang artis lelaki yang didakwa berhibur di sebuah kelab malam di kala sedang berdepan masalah rumah tangga.
Artikel Berkaitan: ‘Kalau Tanggungjawab Tak Ditunaikan, Untuk Apa Nak Simpan Saya Lagi?’ – Linda Hashim
Artikel Berkaitan: ‘Dia Akan Mangga Pintu Rumah Dari Luar’ – Linda Hashim Dakwa Jadi Mangsa Pukul, ‘Warning’ Beego Henti Provoke
Linda tak nak campur

Ketika ditemui , pemilik nama Norhazlina Hashim ini berkata, dia hanya mengetahui mengenai artikel itu selepas menerima hantaran mesej dari kenalannya.
Ujar pelakon berusia 41 tahun ini, jika ada pihak yang mengaitkan suaminya, Beego, maka persoalan itu wajar diajukan kepada lelaki berkenaan.
Saya perasan juga mengenai posting (artikel) itu selepas ada kenalan yang mesej tetapi kenapa tanya saya?
Kalau ada yang menyebut nama dia, tanyalah dia kan? Jangan tanya saya.
Linda berkongsi perkara tersebut ketika majlis tayangan perdana filem ‘ParaXnormal’ yang diadakan di GSC IOI Mall, Damansara pada Jumaat.
Mengulas lanjut, Linda memaklumkan dirinya enggan masuk campur namun dalam masa yang sama mendoakan agar Beego berubah jika benar berkelakukan sedemikian.
Tetapi mengenai berita yang tular itu saya tak nak campur cuma kalau kehidupan dia memang macam itu, dia punya hal lah. Saya tak nak campur.
Saya pun dah ‘move on’.
Dan kalau betul itu adalah dia, doakan sajalah yang baik-baik sebab dia pun ada anak-anak.
Sebelum ini, Harian Metro melaporkan menerima dua video memaparkan seorang artis lelaki sedang asyik menari di sebuah kelab malam serta berhibur dengan rakan-rakannya termasuk wanita.
Difahamkan, artis tersebut sedang berdepan dengan masalah rumah tangga dengan isterinya dan sedang melalui proses mahkamah.
The post ‘Kalau Betul Itu Dia, Doakan Yang Baik-Baik’ – Linda Hashim first appeared on OHBULAN!.





