
Pempengaruh Furqan Fawwaz mendoakan rakannya yang juga pasangan ‘influencer’ iaitu Alif Teega dan Aisyah Hijanah agar kuat mengharungi ujian yang sedang melanda diri mereka ketika ini.
Banyakkan baca Quran

Furqan berpesan kepada pasangan tersebut untuk mengisi masa dengan membaca al-Quran dan melakukan solat sunat agar segala masalah menemui jalan penyelesaian.
Banyakkan baca Quran dekat ‘dalam’ itu Alif dan Aisyah. Solat sunat taubat dan solat-solat sunat yg lain. Masa ini lah kita banyak masa dengan Allah.
Furqan berkongsi mengenai perkara itu menerusi hantaran di TikTok beserta sepotong video memaparkan momen mereka bersama.
Dalam hantaran sama, Furqan berkata dia amat menyayangi dan merindui dua sahabatnya itu.
Aku sayang korang dan tiada benda yg aku mampu bagi sekarang melainkan hanya doa supaya korang dikuatkan mental and fizikal. Miss them already.
Sementara itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas turut mendoakan urusan Alif dan Aisyah dipermudahkan.





