30.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Baby Bakal Lahir Ni Abang Tak Tanggung, Tak Mampu Nak Tambah Komitmen Lagi’

    Shopee Sale

    Baru-baru ini, seorang peguam syariah berkongsi kisah seorang wanita yang berdepan ujian seawal empat bulan mendirikan rumah tangga.

    Artikel Berkaitan: Raja Azura Iklan Cari Bekas Suami Di Akhbar, Mahu Selesai Tuntutan Nafkah Anak – ‘Datang Mahkamah & Buat Pengakuan’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Culas Nafkah? Bersedia Untuk Simpanan Disita’ – Penasihat Kewangan Titip Pesanan Buat Para Lelaki

    ‘Abang tak mampu nak tambah komitmen’

    Menerusi hantaran yang dimuat naik di aplikasi Threads, peguam yang dikenali sebagai Adlyna Ezad menceritakan pengalaman seorang kliennya yang buntu apabila suami enggan membiayai keperluan anak yang sedang dikandung.

    Menurut peguam tersebut, wanita berkenaan baru sahaja bernikah empat bulan lalu dengan seorang duda yang memiliki empat anak.

    Puan, saya baru 4 bulan kahwin. Sebelum kahwin saya bujang dan suami saya duda anak 4. Dari segi nafkah alhamdulillah saya okay tak ada masalah.

    Masalahnya sekarang, baru ini saya baru dapat tahu yang saya pregnant dah masuk 3 bulan. 

    Pada peringkat awal, wanita itu mengakui bahawa urusan nafkah terhadap dirinya berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Namun, konflik mula timbul apabila dirinya disahkan hamil tiga bulan.

    Alhamdulillah tahniah sayang, tapi baby ni abang tak tanggung tau. Komitmen abang dah cukup-cukup bayar apa yang ada.

    Nanti sayang urus sendiri ye semua barang-barang baby, susu pampers tu ye. Abang tak mampu nak tambah komitmen lagi.

    Perkongsian tersebut mengundang kemarahan warganet yang menyifatkan tindakan lelaki itu sebagai tidak bertanggungjawab kerana culas nafkah selain tidak wajar menganggap anak sendiri sebagai beban tambahan.

    MENARIK:  Zahirah Macwilson Selamat Bersalin Anak Perempuan, Beri Nama Inara Raisa

    Mengikut dari sudut hukum syarak, nafkah anak termasuk keperluan asas seperti susu, pakaian dan tempat tinggal adalah tanggungjawab mutlak bapa, bukannya isteri.

    Sumber: Threads Adlyna Ezad

    The post ‘Baby Bakal Lahir Ni Abang Tak Tanggung, Tak Mampu Nak Tambah Komitmen Lagi’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah