Seorang wanita berusia 33 tahun di Bandung Barat, Indonesia, didakwa menjadi mangsa rogol yang dilakukan oleh bapa kandungnya sendiri selama bertahun-tahun.
Artikel Berkaitan: Pesakit HIV Mengaku Rogol Wanita OKU, Dipenjara 10 Tahun & 5 Sebatan
Artikel Berkaitan: Rogol Cucu Tiri 13 Tahun Sampai Hamil 5 Bulan, Datuk Mengaku Bernafsu Tengok Mangsa Berpakaian ‘Seksi’
Wanita dirogol bapa kandung, dicerai suami

Menurut laporan media tempatan, kejadian itu dipercayai bermula ketika mangsa berusia 25 tahun dan berlarutan selama lapan tahun. Difahamkan, mangsa tinggal bersama bapanya selepas kematian ibunya.
Kes tersebut hanya terbongkar selepas wanita berkenaan berkahwin pada April lalu. Pada malam pertama perkahwinan, segala-galanya terbongkar.
Pada malam pertama, mangsa secara spontan memberitahu suaminya bahawa suaminya itu lebih gagah dari segi fizikal berbanding lelaki yang pernah dia jalinkan hubungan intim sebelum ini.
Si suami kemudian meminta wanita itu untuk memberi penjelasan lanjut dan akhirnya dia menceritakan kejadian sebenar yang berlaku antara dirinya dengan bapa kandung.
Selepas mengetahui perkara itu, si suami memaklumkan kepada ahli keluarga lain sebelum satu pertemuan keluarga diadakan bagi mendapatkan penjelasan lanjut daripada mangsa.
Hasil pertemuan tersebut, mereka tampil membuat laporan kepada pihak berkuasa berkaitan untuk tindakan lanjut.
Lebih menyedihkan apabila suami mangsa dikatakan mengambil keputusan untuk menamatkan perkahwinan mereka.
Sumber: Detik Jabar
The post ‘Awak Lebih Perkasa Dari Dia’ – Wanita Dicerai Selepas Kisah Gelap Terbongkar Pada Malam Pertama, Mengaku Dinodai Bapa Kandung first appeared on OHBULAN!.





