30 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ATM Rampas Kuala Lumpur Pukau 5,000 Penonton, ‘Steady’ Nyanyi Lagu-Lagu ‘Tegang Urat’ 

    Shopee Sale

    Selepas 11 tahun, Kumpulan Akim & The Majistret yang sebelum ini bermula sebagai sebuah band projek berjaya merealisasikan impian mereka untuk mengadakan konsert mega pertama, Sabtu lalu.

    Artikel Berkaitan: IG Digodam Hanya Gimik Konsert ‘ATM Rampas Kuala Lumpur’, Akim Ahmad Minta Maaf Dah Tipu Satu Malaysia

    Terharu dengan sambutan peminat

    Berlangsung di Mega Star Arena, Kuala Lumpur konsert yang diberi nama ‘ATM Rampas Kuala Lumpur’ itu berjaya memukau hampir 5,000 penonton yang hadir.

    Menurut Akim selaku vokalis kumpulan, dia berasa sangat terharu dengan sambutan yang diberikan penonton.

    Ujarnya, meskipun sudah 11 tahun dalam industri sebagai sebuah kumpulan, tetap timbul rasa gementar untuk melakukan persembahan berskala besar.

    Saya sangat terkejut dan berbesar hati serta berterima kasih kepada yang hadir hari ini kerana memberikan sokongan kepada kami.

    Meskipun sudah 11 tahun, kami sebenarnya agak gementar ditambah pula untuk mengadakan persembahan di pentas sebesar Mega Star Arena ini.

    Tak jangka dapat sambutan seramai begini dan kami sangat terharu.

    ‘Steady’ bawa lagu ‘tegang urat’

    Pada malam konsert itu, Akim & The Majistret yang dianggotai Akim, Zimi, Freddy, Safwan, Gjie, Afiez dan Fairuz mendendangkan lebih 20 buah lagu buat para penonton yang hadir.

    MENARIK:  KLP48 Cari Ahli Baharu, AKB48 Buka Uji Bakat Generasi Kedua Di KL

    Antara lagu yang didendangkan termasuklah ‘Rampas’, ‘Potret’, ‘Lagu Untuk Laila’, ‘Obses’ dan banyak lagi.

    Apa yang mencuri tumpuan ialah, lontaran vokal Akim sewaktu malam konsert meraih pujian ramai apabila berjaya mengekalkan kualiti suara meskipun menyanyikan lebih 20 buah lagu ‘tegang urat’.

    Selain itu, Akim & The Majistret turut membawakan lagu-lagu ciptaan Akim seperti ‘Cinta’ nyanyian Marsha, ‘Nurcinta’ nyanyian Amir Masdi serta ‘Bunga’ nyanyian Ara Johari.

    The post ATM Rampas Kuala Lumpur Pukau 5,000 Penonton, ‘Steady’ Nyanyi Lagu-Lagu ‘Tegang Urat’  first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah