Pelakon Datin Atikah Suhaime berkongsi pendapatnya tentang penggunaan Bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Atikah Suhaime Tak Mahu Terlalu Kawal Kehidupan Anak – ‘Itu Adalah Pilihan Dia’
Artikel Berkaitan: Atikah Suhaime Kongsi Tips Cari Suami Kaya, Makan Di Restoran Mewah & Main Golf
Bukan untuk kasta
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Atikah atau nama lengkapnya Nur Atikah Mohd Suhaimi pernah dilabel sombong gara-gara menggunakan Bahasa Inggeris untuk berkomunikasi.
Masa saya pertama kali datang Malaysia, ada yang cakap saya sombong sebab saya sudah terbiasa cakap Inggeris di Singapura.
Kalau di Singapura, Bahasa Inggeris adalah bahasa biasa maksudnya tak ada kena mengena dengan kelas (sosial), semua orang tahu menggunakan bahasa ini.
Dalam pada itu, Atikah juga tidak bersetuju dengan pemikiran segelintir individu yang meletakkan bahasa sebagai pengukur kelas sosial seseorang.
Saya pelik ada segelintir orang fikir, kena pergi tempat ‘high class’ cakap Bahasa Inggeris kenapa tak bercakap Bahasa Melayu dekat tempat ‘high class’ juga?
Bahasa tidak menunjukkan kasta, ia hanyalah untuk menyampaikan sesuatu. Cara awak menyampaikannya kepada seseorang pula akan menunjukkan awak bijak atau tidak.
Pertahankan bahasa

Menurut aktres berusia 34 tahun itu, sebagai orang Melayu, setiap masyarakat perlu memartabatkan bahasa kebangsaan di negara ini.
Sudah tiba masanya untuk kita berlagak dengan bahasa kita, bukan bahasa orang lain. Sebagai seorang Melayu, kita harus bangga dan pertahankan dengan bahasa sendiri.
Kalau di Singapura agak susah untuk pertahankan Bahasa Melayu berbanding di Malaysia kerana tidak semua dapat menguasainya.
Kalau orang itu tak pandai berbahasa Melayu barulah saya akan bercakap bahasa Inggeris. Dengan suami dan anak pun saya akan guna Bahasa Melayu.
Bila saya pergi ke restauran Jepun, cef mereka tidak pandai bercakap Bahasa Inggeris dengan bagus malah mereka akan ajar saya cakap bahasa mereka. Saya pun akan ajar mereka Bahasa Melayu juga.
Sumber: TikTok Atikah Suhaime
The post Atikah Suhaime Bangga & Pertahankan Bahasa Melayu – ‘Kenapa Pergi Tempat High Class Kena Cakap Bahasa Inggeris?’ first appeared on OHBULAN!.



#fyp #bahasamelayu #mukbang 

