28.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Skala penyelewengan 1MDB Najib jadikan ‘Attila The Hun’ seperti budak koir – Hakim

    Shopee Sale

    Mahkamah Tinggi menerbitkan alasan penghakiman setebal 810 muka surat berhubung kes 1MDB yang memperincikan sabitan bersalah terhadap bekas Perdana Menteri, Najib Razak, atas empat pertuduhan salah guna kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana syarikat itu berjumlah RM2.3 bilion.

    Hakim Collin Lawrence Sequerah, yang mensabitkan Najib pada 26 Disember tahun lalu, menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.38 bilion bagi pertuduhan salah guna kuasa, selain hukuman penjara lima tahun bagi setiap pertuduhan pengubahan wang haram.

    Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan supaya semua hukuman penjara itu dijalankan serentak selepas Najib selesai menjalani hukuman penjara yang sedang dihadapinya dalam kes SRC International.

    Ketika membacakan penghakimannya selama lebih lapan jam di mahkamah pada hari prosiding berkenaan, Collin berkata Najib bukanlah seorang yang naif sehingga boleh berpura-pura tidak mengetahui mengenai penipuan 1MDB.

    MENARIK:  Trump menuju ke Jepun menjelang pertemuan penting dengan China

    Hakim itu turut menegaskan wujud hubungan yang jelas dan tidak dapat disangkal antara bekas Ahli Parlimen Pekan itu dengan ahli perniagaan Low Taek Jho, atau lebih dikenali sebagai Jho Low, yang kini masih diburu pihak berkuasa.

    Dalam dokumen yang diterbitkan pagi tadi, Collin turut menyifatkan kes berkenaan sebagai episod kleptokrasi terbesar yang pernah dilaporkan di dunia.

    “Perbicaraan ini mengambil masa kira-kira enam tahun untuk diselesaikan. Ia berkemungkinan besar telah mengatasi tempoh mana-mana perbicaraan lain dalam sejarah mahkamah Malaysia, suatu rekod yang tidak membanggakan.

    “Skandal kewangan yang membawa kepada pertuduhan terhadap tertuduh (Najib) telah digambarkan oleh media, di dalam dan luar negara, sebagai episod kleptokrasi terbesar di dunia," katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah