29 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Saintis Australia temukan spesies baharu yu berjalan

    Shopee Sale

    Saintis di Australia mengenal pasti spesies yu berjalan yang sebelum ini tidak diketahui semasa kerja lapangan di Papua New Guinea (PNG), sekali gus menandakan penemuan baharu yang jarang berlaku dalam kumpulan spesies itu, lapor Xinhua.

    Penyelidik menemukan yu berjalan Dudgeon sepanjang satu meter, dinamakan sempena felo penyelidik kanan Universiti Sunshine Coast (UniSC) Australia, Christine Dudgeon, di perairan cetek berhampiran Teluk Milne di tenggara PNG, menurut kenyataan UniSC yang dikeluarkan pada Selasa.

    Menurut kajian yang diterbitkan dalam Journal of the Ocean Science Foundation, ia merupakan spesies baharu pertama dikenal pasti dalam genus itu sejak 2013. Kajian itu mengesahkan bahawa yu nokturnal berkenaan hanya ditemukan di kawasan kecil di tenggara PNG.

    “Yu ini, yang memakan haiwan invertebrata di dasar laut dan tidak berbahaya kepada manusia, terkenal kerana menggunakan keempat-empat siripnya seperti anggota kaki untuk bergerak perlahan di kawasan terumbu cetek ketika air surut,” menurut kenyataan itu.

    Yu itu pertama kali dikesan oleh penyelidik yang mengkaji yu epaulette terancam. Penulis utama kajian, Jess Blakeway, pelajar PhD UniSC berkata tanda garis putih yang tersendiri pada badan peranang yu itu berbeza daripada “tompok seperti harimau bintang” pada spesies berkaitan. Analisis genetik kemudian mengesahkannya sebagai spesies baharu.

    MENARIK:  Adun Melor dipanggil beri keterangan kes perlekeh anggota polis

    Nama tempatan spesies itu, kadedekedewa, secara kasar bermaksud yu anjing atau yu malas, merujuk kepada cara pergerakannya yang perlahan menggunakan empat sirip seperti kaki.

    Spesies yang baharu dikenal pasti itu dipercayai mempunyai taburan habitat yang sangat terhad, menimbulkan kebimbangan terhadap kerentanannya kepada kemerosotan habitat, tekanan aktiviti penangkapan ikan dan perubahan iklim. Penyelidik merancang tinjauan lanjut bagi menyokong penilaian oleh Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam Semula Jadi (IUCN).

    Penemuan itu menjadikan jumlah spesies yu berjalan yang diketahui di rantau berkenaan meningkat kepada 10. Lima daripadanya telah disenaraikan sebagai terancam kepupusan oleh IUCN berikutan habitatnya yang terhad, satu kriteria yang hanya terpakai kepada kira-kira tiga peratus daripada semua spesies yu, kata Blakeway.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah