30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, February 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ASICS GEL-NIMBUS™ 28 Kini Lebih Ringan, Smooth & Selesa Untuk Lari!

    Shopee Sale

    Ada dua jenis orang bila bab lari. Satu yang konsisten, satu lagi yang selalu cakap, “Esoklah mula.”

    Tapi jujur cakap, ramai sebenarnya bukan malas. Cuma badan cepat rasa berat, kaki cepat penat, dan lepas dua pusing taman… terus give up. Sebab tu bila ASICS keluarkan GEL-NIMBUS™ 28, ramai runner terus anggap ini kasut yang “buat lari rasa lebih senang dari biasa”.

    Versi terbaharu kasut larian ikonik ini kini 20 gram lebih berbanding model sebelumnya, tapi masih mengekalkan rasa lembut “macam pijak awan” yang jadi kegemaran ramai runner.

    Rasa macam lari atas awan

    GEL-NIMBUS™ 28 dikuasakan oleh FF BLAST™ PLUS cushioning yang beri pendaratan lembut dan ringan di setiap langkah.

    Digabungkan dengan PureGEL™ di bahagian tumit, hentakan lebih baik dan buat larian korang rasa lebih effortless serta selesa walaupun untuk jarak jauh.

    Bukan tu je, dari awal korang sarung sampai finish line tu nanti, confirm smooth!

    Bahagian engineered knit upper direka supaya lebih bernafas, lembut dan fit dengan cantik di kaki. Tambah pula dengan rekaan tongue loop baharu, pakai kasut jadi lebih senang dan cepat.

    Selain itu, rekaan tumit kasut yang ditambaik baik pula bukan saja nampak lebih moden, tapi juga menyumbang kepada berat yang lebih ringan.

    Langkah dengan yakin dan impak lebih baik

    Paling menarik, dengan outsole HYBRID ASICSGRIP™ yang diperbaharui, setiap langkah kekal stabil dan padu di pelbagai permukaan sama ada korang lari di taman atau trek. Ia masih rasa ringan di kaki.

    MENARIK:  [VIDEO] Isteri Melakukan Prank di Hari Ulang Tahun Perkahwinan, Membawa Pasukan Tarian Singa ke Restoran - 'Suami Hampir Terkejut Tapi...'

    Dalam masa sama, GEL-NIMBUS™ 28 hadir dengan jejak karbon 36% lebih rendah daripada purata industri (hanya 9.3kg CO₂e sepasang).

    Maknanya, setiap kali korang berlari, bukan saja badan jadi lebih sihat, tapi juga bergerak ke arah pilihan yang lebih baik untuk bumi. Fuhhh! Selesa betul ni…

    Upgrade ke ASICS GEL-NIMBUS™ 28 ni, mesti rasa perbezaan!

    GEL-NIMBUS™ 28 sentiasa memperhalusi setiap perincian demi pengalaman yang lebih baik untuk pelari.

    Daripada berat yang lebih ringan, cushioning yang dipertingkat, hinggalah rekaan yang lebih moden, kasut ini dicipta untuk bantu korang berlari dengan lebih mudah, lebih selesa, dan lebih seronok.

    Ini bukan sekadar kasut larian. Ini motivasi baru untuk korang terus bergerak dengan lebih mudah.

    Tunggu apa lagi, jom dapatkan segera untuk pengalaman larian yang lebih selesa!

    GEL-NIMBUS™ 28 akan mula dijual secara global bermula 9 Januari 2026. Kalau korang cari kasut larian yang buat setiap langkah rasa lebih ringan, lebih empuk dan lebih “sedap”, ini memang upgrade yang berbaloi.

    Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web ASICS atau media sosial mereka di Instagram dan Facebook untuk jadi yang terawal rasa sendiri pengalaman lari atas awan.

    Lepas ni, alasan malas lari pun dah tak relevan!

    The post ASICS GEL-NIMBUS™ 28 Kini Lebih Ringan, Smooth & Selesa Untuk Lari! first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah