29.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ASEAN ICT Forum 2025: Lindungi Kanak-Kanak Daripada Eksploitasi Digital

    Shopee Sale

    Korang tahu tak, pada 21 Ogos 2025 Malaysia melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bersama Kementerian Komunikasi telah menganjurkan Industry Pre-Convening bagi ASEAN ICT Forum on Child Online Protection 2025?

    Forum pra-persidangan yang berlangsung di Park Royal Collection, Kuala Lumpur ini menghimpunkan pelbagai pihak termasuk wakil kerajaan, syarikat teknologi, ahli akademik, NGO serta wakil industri untuk berbincang secara serius tentang langkah-langkah melindungi kanak-kanak daripada sebarang bentuk eksploitasi online.

    Kanak-kanak mangsa eksploitasi pasaran

    Turut hadir YBhg. Datuk Dr Maziah binti Che Yusoff, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

    Realitinya, kanak-kanak sekarang semakin aktif di media sosial. Media sosial kini bukan lagi platform untuk mencari rakan semata-mata bahkan ianya turut digunakan secara meluas untuk belajar, mempamerkan kemahiran dan bakat, menjana pendapatan melalui paid review dan sebagainya.

    Namun dalam tak sedar, ada risiko besar disebalik penggunaan ruang digital. Antaranya:-

    • Wujud iklan yang mengelirukan
    • Algoritma yang memaparkan kandungan tidak sesuai
    • Risiko buli siber
    • Gangguan seksual & eksploitasi
    • Pencerobohan privasi

    Jika perkara-perkara ini tidak dibendung, ia boleh menjejaskan keselamatan dan kesejahteraan anak-anak kita.

    ASEAN ICT Forum 2025: Industri perlu main peranan

    Melindungi kanak-kanak dalam ruang digital bukanlah tanggungjawab ibu bapa, masyarakat, dan kerajaan sahaja sebaliknya, industri itu sendiri memiliki peranan yang cukup besar untuk menyediakan ruang digital yang selamat untuk digunapakai oleh kanak-kanak.

    Maka, tak hairanlah fokus perbincangan pra-persindangan forum ini tertumpu kepada agenda-agenda dibawah:

    • Pembangunan aplikasi & platform ikut prinsip safety-by-design dan privacy-by-design
    • Laksanakan Child Rights Impact Assessment (CRIA) sebelum lancar produk baru
    • Sediakan sistem aduan mesra kanak-kanak
    • Sokong pendidikan digital untuk ibu bapa & anak-anak
    MENARIK:  Penumpang Diminta Tiba 4 Jam Lebih Awal Di Lapangan Terbang Susulan Cuti Tahun Baru Cina

    Usaha bersama ASEAN

    Kalau korang nak tahu, forum ini merupakan sebahagian daripada Rangka Tindakan Serantau ASEAN mengenai Perlindungan Kanak-Kanak daripada Eksploitasi & Penderaan Dalam Talian (RPA COEA).

    Maknanya, semua negara ASEAN termasuk Malaysia akan berganding bahu untuk membina piawaian minimum serantau supaya anak-anak boleh menggunakan ruang digital dengan lebih selamat.

    UNICEF juga turut hadir sebagai rakan teknikal, memastikan suara dan hak kanak-kanak sentiasa jadi keutamaan dalam polisi serta inovasi digital.

    Tindakan segera diperlukan

    Banyak aspek telah dibincangkan. Pendapat dan cadangan pelbagai pihak juga telah telah diambil kira semasa berlansungnya sesi soal jawab.

    Kesimpulannya, tindakan segera untuk mewujudkan ruangan digital yang lebih selamat untuk kanak-kanak perlu diambil bagi mengelakkan eksploitasi, buli dan sextortion berleluasa.

    Hal ini kerana kanak-kanak juga berhak menggunakan ruang digital dengan bebas dan selamat.

    Jadi, lepas ni kalau korang nampak inisiatif kerajaan atau industri ke arah keselamatan digital, jom kita sama-sama sokong.

    Lagipun melindungi anak-anak di ruang digital bukan tanggungjawab satu pihak saja, tapi tanggungjawab kita bersama sebagai satu masyarakat.

    The post ASEAN ICT Forum 2025: Lindungi Kanak-Kanak Daripada Eksploitasi Digital first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah