33.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ibu Pertahankan Tindakan Syida Melvin – ‘Buat Live Sebab Nak Orang Tahu Sisi Dia Yang Separuh Lagi..’

    Shopee Sale

    Ibu kepada pelakon dan usahawan, Syida Melvin iaitu Robiah Rahman tampil mempertahankan tindakan anaknya yang melakukan sesi siaran langsung semasa bertemu bekas suami di kediaman mereka baru-baru ini.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Anak-Anak Pun Dah Tak Kisah Dia Tunjuk Perangai Sendiri Depan Mereka’ – Syifa Melvin

    Tindakan Syida

    Menerusi hantaran di Threads, Robiah menghargai setiap pihak dan individu yang memahami situasi mereka.

    Robiah turut menegaskan bahawa tindakan tersebut dibuat bukan kerana mereka tidak memahami undang-undang, sebaliknya ia dilakukan demi menjaga hak anaknya.

    Terima kasih sebab memahami, bukan kami tak faham undang-undang, ini tentang budi bicara dan belas ihsan untuk kebajikan anak-anak sendiri.

    Menurut Robiah, tindakan mengadakan siaran langsung di media sosial bertujuan memberi peluang kepada orang ramai melihat keadaan sebenar.

    Buat live sebab nak orang tahu sisi dia yang separuh lagi tu, sisi lain dah nampak dia tenang sangat.

    Dalam pada itu, Robiah turut mengingatkan orang ramai supaya tidak terlalu mudah membuat penilaian terhadap ujian yang dilalui anaknya.

    Orang yang tak hadap minta tolong jangan terlalu menilai dengan teruk.

    Terdahulu, Syida bersama adik-beradiknya hadir ke kediaman kelaminnya bagi meminta bekas suami, Syafiq Azim keluar dari rumah berkenaan.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Mencari Ketenangan & Kebahagiaan Adalah Dengan Solat’ – Tular Semula Video Kisah Penghijrahan Jojo One Nation Emcees

    Bagaimanapun, Syafiq beberapa kali dilihat mempertahankan dirinya ketika berdepan situasi tersebut, malah turut melakukan perkara di luar jangkaan seperti bergelak ketawa, menikmati makanan dan menyapu rumah.

    Sumber: Threads 

    The post Ibu Pertahankan Tindakan Syida Melvin – ‘Buat Live Sebab Nak Orang Tahu Sisi Dia Yang Separuh Lagi..’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah