25.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 13, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Ardell Antara Mencuri Tumpuan Pada Misi Kali Ini Sebab Itu Dia Kena!’ – Nadzmi Adhwa

    Shopee Sale

    Pelakon Nadzmi Adhwa berang selepas mendapat tahu isterinya, Ardell Aryana, mengalami kecederaan akibat tindakan kasar tentera Israel ketika dalam tahanan.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kami Dilayan Seperti Binatang, Tidak Diberi Makanan & Air Bersih’ – Hazwani Helmi

    Artikel Berkaitan: Nadzmi Adhwa Sudah Kirim Telefon Bimbit, Ramai Tidak Sabar Ardell Aryana Kembali Buat ‘Live’ 

    Darah naik kepala

    Menerusi Threads, Adhwa, 33, tidak dapat menahan rasa marah selepas mengetahui tentera Israel menarik tudung dan menumbuk muka isterinya.

    Darah aku naik kat kepala dah ni! Geramnya! Ya Allah! Syaitan haram Israel kau tumbuk muka bini aku?

    Tarik tudung bini! Memang sial kau Israel ! Ya Allah kau berikan seburuk buruk pembalasan pada mereka yang memperlakukan sedemikian pada isteri aku!  

    Menurut Adhwa, Ardell terpaksa dimasukkan ke sebuah hospital di Istanbul, Turkiye selepas mengalami tekanan darah rendah dan kecederaan di bahagian bahu.

    Ardell tekanan darah rendah. Ada lagi kecederaan juga dekat bahu Ardell! Bahu dia koyak! Allahuakbar! Apa ini?  

    Tambah pemilik nama Nadzmi Adhwa Nor Adzmi, Ardell menjadi target tentera Zionis kerana isterinya paling mendapat perhatian pada misi kali ini.

    Ardell antara yang mencuri tumpuan pada misi kali ini sebab itu dia kena! Sebab views dia paling tinggi? Fu*k you Israel! Siapa cakap bukan-bukan pasal bini aku siap! Dunia sedang memerhati! 

    Rasa nak tumbuk

    Dalam pada itu, pelakon drama Cinta Amnesia tidak dapat menahan diri daripada mendoakan agar anggota yang terlibat menerima pembalasan setimpal atas perbuatan mereka.

    Rasa nak marah ni!! Macam mana eh? Nak mencarut banyak tapi dosa. Habis hilang semua pahala. Ardell pun tak suka. Arghhh nak tumbuk muka Issewel (Israel) sekarang! Arghhh nak buat apa! 

    Semoga yang memperlakukan isteri aku itu dia mati dalam keadaan paling teruk sekali! Amin! 

    Sementara itu, menerusi laporan Buletin Utama, Peguam Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA), Fahmi Abd Moin mengesahkan bahawa Ardell serta seorang lagi aktivis, Haikal Abdullah, telah menjadi mangsa kekejaman tentera Zionis.

    MENARIK:  [VIDEO] Wanita Dedah Bekas Suami ‘Transfer’ Nafkah Anak Hanya 3 Sen – ‘Rezeki Allah Luas & Doa Orang Dizalimi’

    Menurutnya, Ardell telah ditumbuk di bahagian muka dan rambutnya turut ditarik. Manakala, PU Rahmat ‘dipaksa’ buka baju dengan tujuan dimalukan.

    Terdahulu, Ardell bersama 22 sukarelawan Malaysia dilaporkan selamat tiba di Istanbul, Turkiye sekitar jam 9 malam waktu Malaysia, selepas dibebaskan daripada tahanan Angkatan Tentera Israel (IDF) ketika menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza.

    Sumber: Threads

    The post ‘Ardell Antara Mencuri Tumpuan Pada Misi Kali Ini Sebab Itu Dia Kena!’ – Nadzmi Adhwa first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah