Pelakon Aedy Ashraf tidak terkesan apabila terdapat segelintir pihak yang memperlekehkan kebolehannya sebagai penerbit.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aedy Ashraf Teruja Kembali Tercalon FFM34 – ‘Kali Terakhir Waktu Umur Saya 12 Tahun’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Pernah Terjebak Dengan Dadah, Merompak Tapi Doa Ibu Selamatkan Saya’ – Aedy Ashraf
Memperlekehkan kebolehan Aedy

Ketika ditemui , Aedy atau nama lengkapnya Mohammad Addy Ashraf Rosmadi, 32, akui mencabar apabila bergelar penerbit bagi filem sulungnya, Tarung: The Unforgiven.
Menurut Aedy, komen atau pandangan negatif terhadap kebolehannya sebagai penerbit tidak menghalang dirinya untuk terus berkarya dalam dunia perfileman.
Dipandang rendah itu perkara biasa bagi saya. Saya tidak jadikan itu sebagai alasan untuk berhenti.
Dari dulu sehingga hari ini, perkara itu sudah menjadi lumrah. Saya dah anggap perkara itu macam ‘kawan baik’ yang sentiasa ada.
Jadi, saya tidak tergugat atau ambil kisah sangat sebab hujung-hujung saya buat semua ini demi diri sendiri dan impian saya.
Aedy berkata demikian ketika ditemui pada majlis Majlis Rumah Terbuka Tarung, yang berlangsung di Banglo 289, Kuala Lumpur pada Jumaat.
Mengulas lanjut mengenai cabaran sebagai penerbit, Aedy mendedahkan dirinya hampir berputus asa selain mempersoalkan keputusannya untuk menceburi bidang penerbitan filem.
Waktu siapkan filem ini, setiap hari saya rasa nak menangis. Setiap hari juga timbul rasa nak give up dan mempersoalkan diri sendiri memilih bidang ini.
Tapi apa yang kembali menguatkan saya adalah dengan ingat kembali tujuan asal. Saya nak buktikan kepada pembikin filem muda, kalau saya boleh, mereka juga boleh.
Filem Tarung: The Unforgiven dijayakan oleh barisan pelakon hebat seperti Zul Ariffin, Bront Palarae, Amir Ahnaf, Azira Shafinaz, Sharifah Sakinah, Ubai Amir, Sky Iskandar, Ikmal Amry, Aeril Zafrel serta Theebaan G.
Filem arahan Razaisyam Rashid ini bakal ditayangkan pada 7 Mei ini di seluruh pawagam.
The post Aedy Ashraf Tak Peduli Diperlekehkan, Akui Tidak Mudah Jadi Penerbit – ‘Setiap Hari Rasa Nak Menangis’ first appeared on OHBULAN!.





